Dr Ahmad Ibrahim had good parents and grew up in a religious environment, and was involved in the Jamiyah mission in Singapore, with his father (till he died in 1962 during the hajj). He had continued at the Jamiyah and was very active there. When the Natrah incidence occurred in Singapore on 11-12 December 1950, he was the most capable Muslim attorney to defend the rights of the Muslims involved in the case, even though the case was lost to the Dutch authorities, against the grain of the new religion that Natrah had embraced (Islam). It was this incidence that opened the eyes of the Muslims, both in Singapore and Tanah Melayu, to see how the non-Muslim laws completely ignored the Muslim syariah laws which governed this specific case involving a revert to Islam.
The Natrah case is still relevant today. There are many such cases today as more Muslims get married to non-Muslims and have children. When a divorce occurs, the laws of the country of residence come into play. If the family resides in a non-Muslim country and Muslims laws are not respected, the non-Muslim father/mother takes the children regardless of the religion of the parents and children. In syariah law (Islamic regulations), the children follow the Muslim parent (father or mother), never the non-Muslim parent. This is to avoid the children from being mislead as non-Muslims.
Doctors today also have a big role to play as medical counsellors and they must know the syariah laws governing mixed marriages. Parents of mixed marriages too must try to learn and understand that mixed marriages involving a Muslim and a revert to Islam have to abide by syariah laws when a divorce occurs When we refuse to respect syariah laws, that is when the world turns upside-down and we hear a lot of grief coming from many quarters.
This passage below, written in Malay, is from a blog, and contains the opinions of Datin Seri Fatini Yaacob, author of "Natrah (1937-2009) - Cinta, Rusuhan, Air Mata". The book was published by Universiti Teknologi Malaysia (UTM) in 2010 and is available from Popular for RM75.00 (ISBN 978-983-52-0729-7; paperback)
The Natrah case is still relevant today. There are many such cases today as more Muslims get married to non-Muslims and have children. When a divorce occurs, the laws of the country of residence come into play. If the family resides in a non-Muslim country and Muslims laws are not respected, the non-Muslim father/mother takes the children regardless of the religion of the parents and children. In syariah law (Islamic regulations), the children follow the Muslim parent (father or mother), never the non-Muslim parent. This is to avoid the children from being mislead as non-Muslims.
Doctors today also have a big role to play as medical counsellors and they must know the syariah laws governing mixed marriages. Parents of mixed marriages too must try to learn and understand that mixed marriages involving a Muslim and a revert to Islam have to abide by syariah laws when a divorce occurs When we refuse to respect syariah laws, that is when the world turns upside-down and we hear a lot of grief coming from many quarters.
This passage below, written in Malay, is from a blog, and contains the opinions of Datin Seri Fatini Yaacob, author of "Natrah (1937-2009) - Cinta, Rusuhan, Air Mata". The book was published by Universiti Teknologi Malaysia (UTM) in 2010 and is available from Popular for RM75.00 (ISBN 978-983-52-0729-7; paperback)
Kes Natrah cetus semangat patriotik perjuangan martabat undang-undang Islam
6 July 2010
by Roslan88
Usaha Ahmad Ibrahim jadi landasan perundangan syariah diamal Singapura dan Malaysia. SELEPAS 60 tahun kes Natrah: Di mana Kita? adalah persoalan cuba dirungkai pada Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bertujuan melihat impak peristiwa menjadi sejarah terus diperkatakan itu kepada perkembangan negara dalam bidang tertentu.
Sebenarnya, tragedi menimpa anak kelahiran keluarga Belanda yang ditakdirkan menjadi anak angkat keluarga Melayu pada 1947 itu berjaya mengubah kehidupan masyarakat pada masa itu, terutama orang Islam dan membawa kepada kebangkitan perjuangan menentang penjajah.
Karyawan Tamu Perpustakaan Sultanah Zanariah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Datin Seri Fatini Yaacob, berkata tragedi Natrah perlu dilihat dari perspektif yang luas dan penuh keinsafan kerana membangkitkan kesedaran sebuah negara.
Penulis buku Natrah – Cinta, Rusuhan dan Air Mata itu berkata, selain menyedarkan orang Melayu supaya tidak terus lena ditekan penjajah, peristiwa mengorbankan nyawa itu menjadi pencetus kepada perjuangan memartabatkan undang-undang Islam hingga ke hari ini.
Bukan itu saja, sejak kes Natrah yang berkahwin dengan Mansor Adabi pada usia 13 tahun mendapat perhatian dan liputan besar, termasuk oleh media Belanda, undang-undang hak penjagaan anak di Britain dan beberapa negara di Eropah serta Amerika berubah secara drastik.
“Saya selalu katakan tragedi Natrah unik dan istimewa kerana berjaya menimbulkan gelombang kebangkitan luar biasa dalam kalangan rakyat sehingga sanggup berkorban wang, harta benda dan nyawa selain menyatukan orang Melayu yang berpecah kerana fahaman politik.
“Sementara kes perundangan yang menjadi berita dunia 1950 yang menempelak undang-undang Islam ketika itu membulatkan keazaman jiwa peguam muda, Ahmad Ibrahim memartabatkan undang-undang Islam,” katanya.
Beliau yang membentangkan kertas kerja melihat kesan peristiwa berlaku sebelum merdeka itu dari aspek sosial bagaimanapun mengakui, masih banyak perlu diberi perhatian terutama dalam usaha memastikan kelangsungan Islam.
Fatini berkata, walaupun ada kejayaan memartabatkan undang-undang Islam, tetapi perlu diakui masih banyak yang perlu diperkemaskan tambahan sekarang ini ada saja provokasi menyentuh kedudukan Islam dalam Perlembagaan selain isu menekan orang Islam.
Justeru katanya, kuasa politik disokong pandangan cendekiawan Islam perlu berperanan menangkis serangan terhadap Islam dan pada masa sama memberi kesedaran serta berusaha membina benteng kekuatan agama bangsa.
Natrah yang dilahirkan pada 24 Mac 1937 oleh ibunya, Adeline sebagai Hurbedina Maria Hertogh @ Bertha di Bandung sebagai Kristian dan diserahkan kepada Cik Aminah Mohammad yang berasal dari Kemaman, Terengganu, dibesarkan sebagai seorang Islam.
Tragedi berlaku apabila mahkamah mengarahkan beliau dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya dan dipisahkan daripada suaminya, Mansor Adabi, pada 12 Disember 1950. Inilah punca rusuhan Natrah di Singapura yang menyebabkan 18 orang maut dan beratus-ratus lagi cedera.
Perbincangan mengenai Natrah tidak lengkap jika tidak mengiktiraf jasa peguam Natrah, Allahyarham Tan Sri Prof Ahmad Ibrahim yang menghabiskan banyak masa mengkaji perundangan Islam.
Usaha kerja beliau mengangkat martabat undang-undang Islam, menyusun silibus pengajian di universiti, memperkemaskan pentadbiran Mahkamah Syariah, meningkatkan kualiti hakim dan pengamal undang-undang syariah serta memantapkan pelaksanaan undang-undang syariah.
Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Tan Sri Ibrahim Lembut, berkata hasil usaha Ahmad Ibrahim menjadi landasan utama bagi perundangan Islam diamalkan di Singapura dan Malaysia.
Katanya, kesedaran ditimbulkan tokoh itu terhadap penindasan dan kesilapan yang dilakukan penjajah kepada bangsa Melayu memungkinkan undang-undang Islam dilaksanakan di negara ini dengan tertubuhnya Mahkamah Syariah.
“Walaupun masih ada undang-undang yang tidak mengikut nas Islam, kita mampu menjadikan undang-undang Islam sebagai undang-undang utama negara. Apatah lagi, kes seperti yang berlaku kepada Natrah berulang dalam versi berbeza hari ini.
“Jika kes Natrah membabitkan ibu bapa bukan beragama Islam tetapi kes kali ini berlaku terhadap ibu bapa yang salah seorangnya memeluk Islam. Ada juga kes mereka yang memeluk Islam tetapi akhirnya keputusan menetapkan mereka tidak mengamalkan ajaran Islam,” katanya.
Beliau yang melihat kes Natrah dari perspektif pelaksanaan undang-undang Islam berkata, sejak negara mencapai kemerdekaan bukan satu jangka masa singkat untuk melihat keadilan dimartabatkan sebagai penyelesaian kepada isu menyelubungi pelbagai lapisan masyarakat.
Katanya, keadilan bukan menyamaratakan segala tetapi meletakkan yang hak pada tempatnya dan adalah tidak adil adil untuk menidakkan hak umat Islam mempraktikkan syariah seperti mana dituntut agama.
Ibrahim berkata, situasi kontemporari memperlihatkan perkembangan positif meningkatkan kredibiliti institusi kehakiman termasuk mengharmonikan antara undang-udang sivil dan undang-undang syariah kerana wujud konflik bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.
Namun, beliau mengakui masih ada peruntukan undang-undang perlu diperkemaskan supaya keadilan dapat dilaksanakan bukan saja kepada umat Islam, juga yang bukan Islam menyedari undang-undang syariah turut membela kebajikan mereka.
Sementara itu, Felo Kehormat Akademik Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Muhammad Uthman El-Muhammady, berkata selepas 60 tahun kes Natrah, pemikiran umat Islam masih terbelenggu dengan pemikiran penjajah.
Katanya, ramai orang Islam mempunyai pendidikan tinggi dan kepakaran dalam pelbagai bidang tetapi tidak berkongsi semangat kental Ahmad Ibrahim memperjuangkan kepentingan umat mengatasi keperluan peribadi.
Malah, perpecahan semasa sendiri kerana kepentingan peribadi dan kelompok secara sempit disebabkan perkelahian serta tohmahan hasil kurang cermat pengamatan ilmu menyebabkan umat Islam rugi.
“Oleh itu, keperluan kepada elemen mendatangkan pendidikan berkesan diambil daripada pengalaman sejarah terutama terbaik dalam Islam digabungkan dengan sejarah bangsa Melayu yang unggul perlu didedahkan.
“Begitu juga memupuk pendidikan menguatkan negara dari semua segi termasuk isu baru zaman globalisasi demi kelangsungan ummah,” katanya yang membentangkan pemikiran mengenai kes Natrah daripada sudut pendidikan.
Hakikatnya, peristiwa Natrah adalah pencetus dan bagaimana umat Islam mengambil iktibar penting kerana jika orang Melayu terus lena, usaha membangkitkan semangat patriotik serta memartabatkan undang-undang Islam tercetus dulu, gagal menghasilkan apa yang sepatutnya.
Source: http://bit.ly/ge1YH0
0 comments:
Post a Comment