Showing posts with label Dr Abbas bin Haji Alias. Show all posts
Showing posts with label Dr Abbas bin Haji Alias. Show all posts

Friday, 9 August 2013

Dr Haji Abbas bin Haji Alias (1914-2004)


His biography in Biography of the Early Malay Doctors 1900-1957 Malaya and Singapore
https://www.facebook.com/

This is a re-post from the blogspot: http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/message/2421

Mengenang Dr Abbas Alias (1914–2004)
Monday, September 06 @ 16:41:59 MYT


Oleh Ahmad Lutfi Othman

SELALUNYA apabila dirujuk sejarah perkembangan PAS, ramai – bahkan ahli-ahli PAS sendiri -- tidak mengenali pemimpin besar parti itu, terutama sebelum era Dr Burhanudin Al-Helmy – Zulkifli Mohamad. Malah kalau ditanya siapa presiden terdahulu PAS, yang terlintas di fikiran, selain kedua-dua tokoh tadi, ialah Almarhum Asri Muda, Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil Mohd Noor.

Sedangkan asas kekuatan PAS di peringkat awal penubuhannya diusahakan, antara lain, oleh Almarhum Dr Abbas Alias, Yang Dipertua Agung PAS kedua. Bagi mereka yang mengikuti sejarah, beliau sering diingati kerana sumbangan besarnya di waktu parti Islam itu melalui saat-saat kritikal selepas Haji Ahmad Fuad meletakkan jawatan pada 26 September 1953 ekoran pertikaian sama ada mahu menyertai rundingan kemerdekaan anjuran UMNO dan MCA (National Convention) ataupun Dato’ Onn Jaafar (National Conference).


Majoriti pimpinan PAS yang bermesyuarat di pejabat agung PAS ketika itu, Madrasah Masriyah, Pulau Pinang, cenderung kepada National Convention, sedangkan Yang Dipertua Agung, Ahmad Fuad yang merupakan penyokong paling setia Onn memilih National Conference. Keputusan dibuat melalui pengundian.

Pemimpin yang baik



Kepimpinan PAS terpaksa dipegang oleh Dr Abbas, Timbalan Yang Dipertua Agung, yang ketika itu berada di New Delhi kerana menghadiri satu seminar anjuran WHO. Beliau hanya tahu Ahmad Fuad meletakkan jawatan sekembalinya ke tanahair. Almarhum Asri Muda menyifatkan “Dr Abbas adalah seorang yang baik, yang boleh diberikan kepercayaan sebagai seorang pemimpin. Tetapi oleh sebab beliau berkhidmat sebagai pegawai kerajaan, maka beliau tidak dapat memberikan khidmat sepenuh masa.”


Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri menyifatkannya sebagai “penyelamat”. Ini kerana Dr Abbas meletakkan asas kukuh buat PAS menghadapi cabaran sengit selepas itu terutama bila beliau berjaya mendaftarkan Persatuan Islam Sa-Malaya (Pan Malayan Islamic Party) beberapa minggu sebelum pilihanraya 1969. Difahamkan beliau mendapat bantuan dari kenalan baiknya, berbangsa India, ketua kerani di Pejabat Pendaftaran Malaya, di Pulau Pinang, yang kebetulan pernah dirawatinya.


Ketika mula dilantik mengetuai PAS, dengan rendah diri beliau berkata: “Saya mengambil tempat ini kerana saya ingin melihat pergerakan berasaskan agama ini maju dan berkekalan.” Dalam masa sama, beliau memuji sikap Ahmad Fuad, yang walaupun meninggalkan parti tetapi tidak pernah mengeji PAS. Ternyata beliau tidak senang jika ahli-ahli PAS secara sembrono mengecam bekas ketua PAS itu.


Bagaimanapun pastinya ramai tidak mengetahui pendirian tegasnya menolak pelawaan bekas Menteri Besar Selangor kedua (1949-55) dan Gabenor Pulau Pinang (1957-67), Raja Tun Uda Raja Mohamad (ketika itu Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor), bagi mempelopori penubuhan UMNO di negeri itu, pada lewat 1940-an. Namun tidak dapat dipastikan jemputan itu atas inisiatif peribadi Tun Uda ataupun sebagai mewakili Tunku Abd Rahman.


Menurut anak sulungnya, Taib Abas -- bekas wartawan yang juga penulis buku-buku mengenai Freemason, sebuah gerakan sulit Yahudi -- Dr Abbas menolak secara lembut pelawaan itu sambil menegaskan dia hanya tahu politik Islam. “Corak politik lain (seperti dibawa UMNO), saya tak tahu,” kata Dr Abbas. Maknanya, sejak awal Dr Abbas dapat membayangkan kecenderungan masa depan politik UMNO yang tidak diasaskan kepada ajaran Islam.

Jika tidak, mungkin Dr Abbas dilantik MB Selangor yang pertama selepas Merdeka! Nyata beliau tidak memilih kedudukan dan kuasa, sebaliknya menurut nuraninya yang mahu bersama pertubuhan yang hanya memperjuangkan politik Islam.
“Melihatkan banyaknya buku-buku tentang penubuhan negara Pakistan di rumah, saya kira arwah mendapat inspirasi dari sana. Pendeknya, dia hanya tertarik dengan politik Islam,” cerita Taib. “Semasa kecil beliau bercita-cita menjadi peguam, tetapi tidak dipersetujui ayahnya, Hj Alias, Kadhi Setiawan,” kata Taib. “Datuk saya kata, peguam banyak cakap tak betul,” tambahnya, sambil ketawa kecil.

Malaya kepunyaan bangsa Melayu

Sikap dan pendirian tegas PAS di bawah Dr Abbas (walaupun tempohnya pendek, tiga tahun dua bulan) khususnya mengenai rundingan kemerdekaan dan kelayakan mengundi terakam baik dalam sejarah. Asas ketuanan Melayu dalam sebuah negara merdeka ditekankan oleh PAS kepada Rombongan Merdeka ke London. PAS mengingatkan rombongan itu, “janganlah sama sekali melupakan bahawa Malaya atau Tanah Melayu ini kepunyaan bangsa Melayu dan bangsa Melayu berhak terhadap untung nasibnya.”

PAS juga membantah prinsip Jus Soli yang dicadangkan Perikatan yang memudahkan rakyat asing mengundi. UMNO dilihat mempertaruhkan maruah dan kehormatan Melayu semata-mata kerana mahu merdeka.

Mengenai kesediaan PAS menyertai rundingan Merdeka tajaan UMNO, Asri menyimpulkan: “Ia merupakan satu sejarah bagaimana kerjasama antara PAS dengan parti-parti lain dapat diadakan bila-bila masa saja, terutamanya apabila menghadapi sesuatu masalah yang besar, yang hendak diperjuangkan.” Dr Abbas digantikan oleh Dr Burhanuddin Al-Helmi sebagai YDP PAS ketiga, pada 25 Disember 1956, dalam muktamar ke-5.

Beliau mendapat pendidikan di Universiti Singapura, seterusnya mengikuti kursus lanjutan di London. Beliau pernah mendalami ilmu pentadbiran kesihatan di bawah Rancangan Colombo, di Kanada. “Meskipun beliau seorang profesional tetapi jiwanya melekat kukuh kepada perjuangan Islam, yang dipelopori ulamak,” kata seorang aktivis PAS yang pernah berkempen untuknya ketika Dr Abbas bertanding di Titiwangsa.

“Beliau sentiasa mendalami ilmu-ilmu agama, hampir setiap malam dia mengikuti kuliah agama di masjid-masjid, tabiat yang dimulakan ketika muda sehingga ke usia lanjutnya. Banyak amalan yang diamalkan setiap hari diperolehi dari kuliah-kuliah berkenaan,” kata Taib lagi. “Dia bukan hanya mendengar tetapi sentiasa membawa buku catatan. Beliau mengingatkan saya, dalam politik Islam tiada istilah pencen. Sebab itu beliau bersedia dilantik AJK PAS Pusat kemudiannya walaupun pernah menjadi tokoh no. 1 PAS.”

Sekitar tahun 50-an dan 60-an, Dr Abbas kerap ke Makkah, mengetuai rombongan perubatan jemaah haji, sehingga digelar “Dr Haji”. Beliau menubuhkan ‘cawangan’ PAS di sana, yang dianggotai orang-orang Melayu yang bermastautin di Makkah.

Merintis jalan

Meskipun terikat dengan Peraturan Am Kerajaan, ke mana saja Dr Abbas bertugas, yang pastinya beliau akan menyediakan tanah yang subur buat perkembangan PAS di situ. Beliau pernah menjadi ketua perubatan dan kesihatan di Terengganu, Perak, Pahang dan Melaka. Malah PAS menemui tapak kukuhnya di Kelantan terutama mempengaruhi tok-tok guru pondok terkemuka ketika era Dr Abbas. Dua ranting PAS di Johor berjaya ditubuhkan pada tahun 1954.

PAS yang bermula di Perak dan kemudian berkembang ke Pulau Pinang mendapat laluan mudah ke Terengganu ketika Dr Abbas berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Perubatan Terengganu. Dalam buku “Memoir Politik Asri”, bekas YDP PAS itu mencatatkan: “Maka dengan kerjasama Dr Hj Abbas, saya mendapat banyak kemudahan untuk mengembangkan PAS di Terengganu. Banyak kesempatan mengadakan penerangan secara terbuka daan dengan langkah yang dijalankan secara rapi, PAS memperoleh beberapa pemimpin tempatan.”

Mungkin golongan profesional yang kini membanjiri PAS dapat mengambil iktibar dari pengalaman Dr Abbas itu. Beliau bijak memperuntukkan masa antara kerjaya sebagai pegawai perubatan dengan kerja-kerja jamaah, terutama pada peringkat mengasaskan kekuatan di kawasan-kawasan baru.

Dr Abbas pernah menjadi Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor. Almarhum dilantik Pengerusi Jawatankuasa Masjid Jamek Kuala Lumpur, yang merupakan masjid terulung ketika itu, yakni sebelum terbinanya Masjid Negara. Beliau meninggalkan seorang balu, Toh Puan Azizah Hassan dan 12 anak. Seorang darinya mengikut jejak beliau sebagai doktor, iaitu Dr Siti Fathimah, radiologis di Hospital Besar Melaka.

Pembaca setia Harakah

“Di akhir usianya, beliau tetap setia mengikuti perkembangan parti melalui Harakah. Malah ketika uzur beliau meminta anak bongsunya membaca untuknya,” kata Taib. “Bila mendengar cadangan PAS menimbang keanggotaan bukan Islam sebagai ahli bersekutu, katanya, itu cadangan yang baik.”


Saya amat bersetuju dengan cadangan awal untuk mengabadikan nama Almarhum Dr Abbas pada mana-mana sekolah, dewan, atau pusat tarbiyyah PAS sebagai mengenang jasa, ketokohan dan sumbangan beliau terhadap pemantapan asas politik Islam di negara ini. Al-Fatihah buat tokoh profesional ulung PAS yang berjiwa ulamak itu. - zs

Source:
https://groups.yahoo.com/neo/groups/dunia-politik/conversations/topics/2421

External link:
Dr Siti Fathimah bt Datuk Dr Haji Abbas Gmail LinkedIn

Wednesday, 2 November 2011

Dr Abbas bin Haji Alias


INTRODUCTION


Many of the early Malay doctors who graduated prior to Merdeka worked as doctors but became involved in politics. These doctors had to juggle their work, family and their political involvement. Many of the early Malay doctors were each doing their bit in the background to make the Merdeka negotiations a success. Malaya eventually won its independence in 1957. One of the early Malay doctors involved was Dr Haji Abbas bin Haji Alias.


DATUK DR HAJI ABBAS BIN HAJI ALIAS

Dr Haji Abbas

Datuk Dr Haji Abbas bin Alias (1914-2004) was born in Banting but grew up in Sitiawan where his father was Qadhi. He went to school in Taiping before studying Medicine at the King Edward VII College of Medicine in Singapore. He graduated and worked with the British colonial government in 1939. He pursued postgraduate studies twice (1949-51 and 1958). He obtained a Diploma in Public Health and Tropical Medicine from London in 1951 (and returned via Makkah to perform his first Hajj), and a Diploma in Public Health Administration from Canada in 1958.  He headed the annual Hajj medical mission between 1950s and 1960s, and was called Doktor Haji. He became involved with Malayan politics prior to Merdeka and continued to do so after he retired and till he died.He retired from the government medical service in (December) 1969 and did full-time Islamic politics for PAS.

PMIP and PAS
Persatuan Islam Sa-Malaya (Pan-Malayan Islamic Association, PMIP) began on 23 August 1951 in Perak, after it broke away from Dato' Onn Jaafar's UMNO. PMIP was later changed to Parti Islam Se-Malaysia (abbreviated as PAS) during the time of Dato’ Asri Muda in the early 1970s.

Haji Ahmad Fuad was the first Yang Dipertua PAS (YDP PAS). He resigned on 26 September 1953 to join Dato’ Onn Jaafar’s UMNO. Dr Abbas was then PAS deputy, Timbalan Yang Dipertua Agung.

Dr Abbas bin Haji Alias became the second PAS President or Yang Dipertua Agung Ke-2 (1953-1956). Dr Abbas headed PAS for a brief period - 3 years and 2 months, before he continued with his postgraduate studies abroad.

Dr Burhanuddin al-Helmy succeeded Dr Abbas as the third YDP PAS at the 5th Muktamar PAS (convention), 23-25 December 1956. He is also an early Malay doctor.

Party Islam Samalaya (PIS)
PIS PILEH SEMULA PEGAWAI2 LAMA
Berita Harian, 26 August 1957, Page 5
- Dr Burhanuddin Alhelmy was President of Party Islam Samalaya (PIS).
- Dr Haji Abbas was a member of PIS.

List of PAS Presidents: 1. Ahmad Fuad Hassan (1951-1953); 2. Abbas Alias (1953-1956); 3. Burhanuddin al-Helmy (1956-1969); 4. Asri Muda (1969-1982); 5. Yusof Rawa (1982-1988); 6. Fadzil Noor (1988-2002); and 7. Abdul Hadi Awang (2003-present).

YouTube video of Hajj 1953

Friday, 18 March 2011

Dr Amir Burhanuddin Al-Helmy - Pejuang Kemerdekaan

Teks berikut diambil daripada blogspot berjudul "Cetusan Jiwa Merdeka" yang dikendalikan oleh Ikhwan Hafiz, bertarikh 2 September 2009.


Pejuang Kemerdekaan - Dr Burhanuddin Al Helmy

SEMINAR Pemikiran Prof Dr Burhanuddin Al-Helmy (ada yang baca; Al-Hulaimy) pada 2 Ogos lalu di Muzium Shah Alam anjuran Ummah Centre didedahkan betapa fakta sejarah negara ini, banyak sudah dipertikaikan kesahihannya.

Tokoh yang menyebutnya bukan sembarangan. Beliau adalah pakar sejarah negara, Prof Emiritus Tan Sri Dato' Khoo Kay Kim. Menurutnya, dengan sebab itu, tindakan segera perlu dilakukan demi membenarkan semula fakta sejarah untuk generasi baharu.

Itulah antara lain yang dapat saya quotekan.

Salam seminar itu diperkukuhkan dengan fakta yang dipersetujui semua pihak bahawa Prof Dr Burhanuddin Al-Hulaimy adalah tokoh pejuang negara yang mewaqafkan dirinya untuk kemerdekaan negara dalam TIGA zaman, sebelum, semasa dan selepas. 
Berikut adalah sebahagian artikel yang aku tulis untuk sebuah akhbar bulanan untuk edisi September:-

Seminar Pemikiran Dr Burhanuddin Al-Helmy
SHAH ALAM: Sudah sampai masanya pejuang-pejuang kemerdekaan yang banyak memberikan sumbangan tenaga, masa dan pemikiran mereka pada satu masa dahulu diberikan pengiktirafan berbentuk anugerah negara.

Meskipun ada di kalangan mereka berjuang di haluan lain di dalam menggembleng kesedaran rakyat negara ini di dalam usaha dan sanggup bangun memperjuangkan hak rakyat di dalam mewujudkan sebuah negara merdeka.

Tokoh-tokoh itu termasuk Dr Burhanuddin Al-Helmy Mohd Noor yang banyak memimpin persatuan yang semuanya menuju ke arah kemerdekaan negara termasuk akhirnya menjadi Yang Dipertua PAS ke-3 pada 25 Disember 1956, Ibrahim Yaakob (Kesatuan Melayu Muda (KMM), Ishak Haji Mohamad yang memimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Angkatan Pemuda Insaf (API) dipimpin oleh Ahmad Boestamam.

Perkara ini ditegaskan oleh Pengarah Ummah Centre, Haji Ir Izham Hashim ketika berucap dalam Seminar Pemikiran Dr Burhanuddin Al-Helmy pada 2 Ogos lalu di Dewan Muzium Selangor, dekat sini.

Ir Izham juga berharap ada usaha dilakukan untuk mendapatkan kembali wang pencen Dr Burhanuddin sebagai bekas Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Besut yang dinafikan sehingga kini termasuk menobatkan beliau sebagai tokoh pejuang kemerdekaan negara yang terlibat selama tiga dekad, sebelum, semasa dan selepas merdeka memertabatkan agama, bangsa dan negara.

Ucaptama seminar itu telah dilakukan oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Husam Musa sekaligus merasmikan seminar serta menyempurnakan pelancaran Ummah Centre sebagai sebuah NGO bebas yang menjalankan kajian menerusi pusat keceriaan ummah.

Turut menyampaikan pandangan di dalam seminar itu adalah Dato’ Kamaruddin Jaaffar, Tan Sri Prof Khoo Kay Kim, Dr Dzulkifly Ahmad, Haji Azmi Abdul Hamid, Prof Madya Saliha Haji Hassan, Haji Khalid Samad dan Saudara Muzammil Mohd Nor.

Majlis itu juga diserikan dengan kehadiran isteri Dr Burhanuddin, Puan Che Suri Haji Yahya, adiknya, Haji Norbit dan anaknya sendiri, Saudara Nouxman dan Haji Shukri serta menantu dan cucu-cucu beliau.

Menurut informasi yang diketengahkan di dalam seminar ini dinyatakan kelahiran Gopeng, Perak pada 1911 berketurunan Minang hasil kongsi hidup Haji Mohamad Noor yang berasal dari Batu Sangkar, daerah Tanah Datar, Minangkabau Sumatera dan telah datang ke Perak pada tahun 1908 manakala ibunya, Sharifah Zaharah Habib Osman berasal dari Melaka.

Pada 1934, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Aligarh, New Delhi, India sehingga mendapat PhD di dalam bidang falsafah dan sastera, merupakan seorang yang lemah lembut sehingga digelar Al-Helmy dan disenangi banyak pihak.

Dr Burhanuddin merupakan anak Malaysia pertama terlibat di dalam menyatakan sokongan kepada perjuangan umat Islam Palestin di mana beliau berbuat demikian dalam usia 24 tahun semasa dalam perjalanan pulang dari India.

Beliau juga adalah Pengasas Perubatan Homeopathy Malaysia termasuk banyak menulis buku mengenai pengubatan tanpa dadah itu. Menjadi Penasihat Hal Ehwal Islam & Adat Istiadat Melayu ketika Pendudukan Jepun pada 1942 hingga1945 dengan tujuan untuk menjaga kepentingan sekolah-sekolah agama ketika itu.

Pada 1950, beliau ditahan British kerana terlibat dengan Rusuhan Natrah di Singapura, 1956 menyertai Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS), dipilih sebagai Yang Dipertua Agung PAS ke-3 menggantikan Dato' Dr Haji Abbas Alias dan 1959 memenangi Kerusi Parlimen Besut, Terengganu Pada Pilihan Raya Umum 1959.

Dari 1964 hingga 1969, Dr Burhanuddin ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kononnya menjadi agen Indonesia dan terlibat dengan kegiatan menentang penubuhan Malaysia dan 10 Oktober 1969, beliau meninggal dunia akibat penyakit lelah dan juga kesan seksaan yang beliau terima semasa dalam tahanan ISA.

Source: http://ikhwanhafiz.blogspot.com/2009/09/pejuang-kemerdekaan-dr-burhanuddin-al.html

Dr Amir Burhanuddin Al-Helmy

Teks ini diambil daripada artikel "Dr. Burhanuddin Al-Helmy (1911 – 1969)" di dalam risalah "Biodata 5 Tokoh PAS" yang ditulis oleh Shaari Sungib, muka surat 31-40.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy (1911 – 1969)

Latar Belakang
Amir Burhanuddin bin Ungku Muhammad Nor dilahirkan pada 28 Ogos 1911 di Changkat Tualang, Perak. Burhanuddin Al-Helmy mendapat pendidikan awal di kelas Al-Quran dan agama dan sekolah Melayu. Dia dihantar ke Sekolah Agama Sungai Jambu, Sumatra Barat pada tahun 1924 hingga 1926. Pada tahun 1926, Burhanuddin Al-Helmy meneruskan pelajarannya di Pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah. Seterusnya dari situ ke Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiah, Pulau Pinang hingga tamat kelas senawi pada tahun 1934.

Burhanuddin Al-Helmy telah mendapat biasiswa seorang hartawan India Muslim dari Pulau Pinang untuk melanjutkan pelajarannya di Aligarh University. Di universiti tersebut Burhanuddin Al-Helmy mengambil bidang sastera dan falsafah. Beliau dianugerahkan PhD daripada Aligarh University, India.
Sekembalinya dari pelajarannya di India dan pengembaraannya ke Palestin dan Turki, Burhanuddin Al-Helmy kembali bertugas sebagai guru bahasa Arab di Sekolah Arab Al-Juned, Singapura.

Ketika di Singapura, Burhanuddin Al-Helmy belajar ilmu perubatan homeopati daripada Dr. Rajah dan beliau telah berjaya mendapat ijazah daripada Ismailiyah Medical College, Hyderabad, India. Dengan kelayakan ini, Burhanuddin Al-Helmy telah membuka sebuah klinik di Johor Bahru dan sebuah lagi klinik di Jalan Picitan, Singapura.

Seorang Aktivis Dakwah dan Politik
Pembabitan awal Burhanuddin Al-Helmy:
· Penerbit majalah Taman Bahagia, Singapura
· Penyunting majalah Kehidupan Dunia Akhirat, Singapura
· Ahli Persatuan Jama’atul Islamiah
· Ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM), 1939
· Penasihat Adat Istiadat dan Kebudayaan Melayu semasa pendudukan Jepun

- muka surat 32 -

· Pemimpin Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS), 1945
· Ketua Umum Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), 1945
· Pengerusi PUTERA-AMCJA, 1947
· Ahli Jawatankuasa Perhubungan Bangsa-bangsa Asia, 1947
· Ahli pengasas PEPERMAS, 1947
· Ahli pengasas MATA, 1947
· Ahli pengasas Hizbul Muslimin, 1948
· Wakil Malaya di Persidangan Afro-Asia Bandung, 1955
· Jurucakap Barisan Kebangsaan Melayu, 1955
· Melancarkan penubuhan Parti Rakyat Malaya, 1955

Pengaruh Awal Pemikiran
Semasa belajar di Jambu, Sumatera Barat (1924-1926), Burhanuddin Al-Helmy berada di bawah asuhan Haji Nuruddin, anggota Sarekat Islam Indonesia. Di samping itu guru-guru yang mengajar dan mendidik beliau di sana terdiri di kalangan aliran Kaum Muda.

Semasa di Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiah, Kepala Batas, Burhanuddin Al-Helmy juga terdedah dengan pemikiran Kaum Muda. Aliran inilah yang telah menyalakan semangat anti-penjajah dan prokemerdekaan dalam diri beliau.

Semasa belajar di India pula pada tahun 1928, Burhanuddin Al-Helmy mengikuti pergerakan Mahatma Gandhi serta berkenalan dengan Mohd Ali Jinnah dan Pandit Nehru dan pemimpin-pemimpin kemerdekaan India yang lain. Selepas tamat pelajarannya di Aligarh University, India Burhanuddin Al-Helmy telah mengembara ke Palestin dan Turki. Beliau mengikuti perkembangan umat Islam di sana.

Ketika di Singapura, Burhanuddin Al-Helmy telah bergiat cergas dalam pergerakan-pergerakan Islam di pulau tersebut. Beliau menerbitkan majalah Taman Bahagia yang bercorak anti-British yang akibatnya dia ditahan oleh pihak British di sana. Selepas itu, Burhanuddin Al-Helmy terus bergiat pula dengan persatuan Jama’atul Islamiah dan menjadi penyunting majalah Kehidupan Dunia Akhirat.

- muka surat 33 -

Ditahan dan Merengkok dalam Penjara
Selepas tamat pelajarannya di India, Burhanuddin Al-Helmy mengembara ke Palestin dan Turki. Semasa di Turki belaiu ditahan kerana terlibat dalam gerakan anti-British di sana. Ketika di Singapura pada pertengahan 1930an, Burhanuddin Al-Helmy telah menerbitkan majalah Taman Bahagia yang bercorak anti-British. Satu jam selepas edisi pertama majalah ini diterbitkan, beliau ditahan oleh pihak British. Beliau dipenjarakan selama enam bulan. Terdapat juga catatan yang menyatakan beliau dibebaskan selepas membayar wang ikat jamin sebanyak $1,000.

Pada tahun 1950, Burhanuddin Al-Helmy telah ditahan oleh British akibat Peristiwa Natrah. Dia dituduh terlibat dalam demonstrasi menentang keputusan Mahkamah Tinggi Singapura yang membenarkan Natrah (Maria Hertogh) dipulangkan kepada keluarga asalnya di Belanda. Dia telah dipenjara selama satu tahun. Namun, terdapat juga catatan yang menyatakan beliau dipenjarakan selama tiga tahun di Singapura ekoran peristiwa tersebut, iaitu dari dari tahun 1950 hingga 1952. Terdapat catatan yang peristiwa Natrah itu hanya sebagai alasan bagi pihak British menahan Burhanuddin Al-Helmy.

Sebenarnya Burhanuddin Al-Helmy ditahan oleh British kerana semasa Darurat pada 1948, beliau menyeru secara terbuka orang Melayu jangan menyerang kaum gerila Cina yang berjuang melawan British di dalam hutan. Peristiwa Natrah hanya dijadikan alasan oleh pihak British. British tidak boleh menahan Burhanuddin Al-Helmy yang bergiat masa itu di Singapura kerana pulau tersebut tidak tertakluk kepada undang-undang Darurat yang hanya dikuatkuasakan di Semenanjung Tanah Melayu.

Burhanuddin Al-Helmy menentang penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Ini menyebabkan dia ditahan di bawah ISA pada bulan Januari 1965 kerana dituduh terlibat dalam kerajaan buangan di Riau, Indonesia. Burhanuddin bin Al-Helmy jatuh uzur semasa dalam tahanan. Pada bulan Mac 1966, beliau dibebaskan bersyarat dan dikenakan sekatan kawasan. Di antara syaratnya adalah beliau tidak dibenarkan melibatkan

- muka surat 34 -

diri dalam politik. Syarat tersebut ditarik balik hanya pada 22 September 1969.

Tokoh Perjuang Kemerdekaan
Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah antara tokoh ulung perjuangan kemerdekaan. Beliau bergiat cergas dalam KMM dengan tujuan menentang penjajahan British. Semasa pendudukan Jepun, Burhanuddin Al-Helmy dan beberapa orang rakannya mengambil strategi licik. Ini diungkapnya sebagai: "Maka ahli-ahli kebangsaan Melayu kiri telah mengambil langkah Musa dalam istana Firaun. Ada yang tinggal di dalam, ada yang tinggal di luar mengambil bahagian di hutan di rimba jadi anti-fascist ada yang menjalankan gerakan rayap – semut api – harimau dan sebagainya”. Dengan sokongan pihak Jepun, beliau bersama-sama Ibrahim Yaacob memimpin KRIS membuat persetujuan dengan Seokarno dan Mohd Hatta di Taiping untuk mengisytiharkan kemerdekaan serentak di Tanah Melayu dan Indonesia pada 17 Ogos 1945. Tetapi Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945. Seokarno meneruskan rancangannya mengisytiharkan Indonesia merdeka dari Belanda pada 17 Ogos 1945. Dr. Burhanuddin Al-Helmy tidak dapat berbuat demikian memandangkan perkembangan yang amat berbeza di Tanah Melayu ketika itu.

Selepas Jepun berundur, PKMM ditubuhkan sebagai satu kesinambungan daripada KMM. Dr. Burhanuddin Al-Helmy menjadi Ketua Umum PKMM yang pertama. Semasa diadakan kongres PKMM ke-2 di Melaka pada Disember 1946, Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah disambut hebat oleh pelbagai lapisan kaum di sana. Dalam ucapan tersebutlah Burhanuddin Al-Helmy melafazkan pantun pusakanya yang terkenal:

Di atas robohan Kota Melaka;
Kita Dirikan Jiwa Merdeka;
Bersatu padulah segenap baka;
Membela hak keadilan pusaka.

- muka surat 35 -

Pembabitan Burhanuddin Al-Helmy dalam PUTERA, PEPERMAS, MATA dan Hizbul Muslimin sepanjang tahun 1947-1948 adalah juga dengan tumpuan menyemarakkan perjuang mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Di antara kemuncak perjuangannya menuntut kemerdekaan adalah apabila Burhanuddin Al-Helmy sebagai pengerusinya telah menerajui Sepuluh Dasar PUTERA-AMCJA beserta bendera merah putih duabelas bintang kuning sebagai melambangkan Malaya Merdeka. Pembabitannya melancarkan Parti Rakyat Malaya sebaik sahaja Ahmad Boestamam dibebaskan dari penjara pada tahun 1955 juga adalah dalam konteks menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Pada masa itu politik kiri adalah bermaksud anti-British. Mereka yang mengambil sikap no-cooperation terhadap penjajah British di anggap sebagai ”kiri”. Sedangkan mereka yang bersikap cooperation seperti UMNO, dianggap ”kanan”.

Menyertai dan Memimpin PAS
Ketika PAS ditubuhkan pada bulan Ogos 1951, Dr. Burhanuddin Al-Helmy masih dalam tahanan penjara di Singapura. Apabila Yang Dipertua Agung Pas yang pertama, Ustaz Ahmad Fuad melepaskan jawatannya pada tahun 1953 tugas memimpin PAS diambilalih oleh Dr. Hj Abbas Alias. PAS di bawah kepimpinan Dr. Abbas tidak begitu lama, iaitu hanya selama 3 tahun 2 bulan sahaja. Ini adalah disebabkan Dr. Abbas tidak dapat bergerak aktif kerana masih terikat dengan jawatannya di dalam perkhidmatan kerajaan, iaitu sebagai seorang pegawai perubatan.

Angkatan muda dalam PAS pada masa itu yang antaranya terdiri daripada Ustaz Othman Abdullah, Ustaz Hasan Adli, Ustaz Abdul Wahab Noor dan Mohd Asri Muda telah mengadakan mesyuarat tidak rasmi berhubung dengan jawatan utama PAS. Mereka bersepakat bahawa tidak ada orang yang lebih tepat memimpin PAS pada masa itu selain daripada Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Ketika itu, Dr. Burhanuddin Al-Helmy hanya bergiat cergas mempromosi Parti Rakyat Malaya di seluruh Tanah Melayu. Ini bermakna, Dr. Burhanuddin Al-Helmy tidak ada sebarang jawatan dalam mana-mana parti politik.

- muka surat 36 -

Pada bulan Disember 1956 satu perwakilan yang terdiri daripada Ustaz Abdul Wahab Noor dan Ustaz Baharuddin Latiff telah diutus bertemu Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Beliau bersetuju untuk menyertai PAS. Terdapat juga catatan yang menyatakan bahawa tugas ini dilaksanakan oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Hj Said Abdul Hadi yang diamanahkan oleh Ustaz Hasan Adli untuk mendapatkan persetujaun bertulis daripada Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan meminta beliau mengisi borang PAS. Walau bagaimanapun, sebelum itu pun memang sudah terdapat persetujuan tidak rasmi di kalangan mereka bertiga agar Ahmad Boestamam menerajui Parti Rakyat Malaya, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) menerajui Parti Buruh dan Burhanuddin bin Al-Helmy menerajui PAS. Jadi pelawaan daripada pemimpin-pemimpin PAS kepada Burhanuddin Al-Helmy adalah tepat pada masanya. 

Demokrasi dalam PAS 
Setahun sebelum Dr. Burhanuddin Al-Helmy menyertai PAS, beberapa orang pemuda juga telah pergi ke Kuala Kangsar untuk bertemu dengan Prof Zulkifli Muhammad. Tujuan mereka adalah untuk mempelawanya menyertai PAS. Prof Zulkifli Muhammad menjadi calon PAS dalam pilihanraya 1955.

Dalam Muktamar PAS ke-5 pada 25 Disember 1956, terdapat dua pencalonan bagi jawatan Yang Dipertu Agung, iaitu Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Prof. Zulkifli Muhammad. Daripada kawasan-kawasan Prof Zulkifli Muhammad mendapat pencalonan yang lebih banyak daripada Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Keadaan ini adalah disebabkan terdapat ahli-ahli PAS pada masa itu yang bimbang dengan latarbelakang politik Dr. Burhanuddin Al-Helmy sebelum menyertai PAS. Sebahagian ahli PAS lebih selesa jika PAS dipimpin oleh Prof Zulkifli Muhammad memandangkan beliau seorang tokoh muda yang sangat karismatik dan pernah belajar agama di Mesir. Dalam pemilihan jawatan tertinggi PAS dalam Muktamar ke-5 itu, Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah berjaya menewaskan pencabarnya, iaitu Prof Zulkifli Muhammad.

- muka surat 37 -

Pertandingan bagi jawatan tertinggi parti di antara kedua tokoh besar ini menunjukkan kematangan ahli-ahli serta amalan dan suasana demokrasi dalam PAS sejak awal-awal penubuhannya. Muktamar seterusnya memilih Prof Zulkifli Muhammad menjadi Timbalan Yang Dipertua Agung PAS. Gabungan mereka berdua inilah yang terus memantapkan PAS. Selepas diberikan amanah memimpin PAS, Dr. Burhanuddin Al-Helmy menunjukkan betapa gigihnya beliau melaksanakan tugas tersebut. Pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy dalam PAS adalah yang paling lama jika dibandingkan dengan tempoh beliau berada dalam mana-mana parti terdahulu yang disertanya. Malah hayatnya ditutup dalam PAS. Bahkan pada zamannya juga PAS berkembang dengan luasnya. Tugas memimpin PAS dilaksanakan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy walaupun sebahagian dari tempoh ini dilaluinya semasa menjalani penahanan dan sekatan tanpa bicara di bawah ISA.

Seorang Demokrat Berperlembagaan
Selaras dengan dasar PAS mengambil bahagian dalam pilihanraya untuk mendapatkan suara rakyat bagi mengukuhkan perjuangan Islam, Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah menjadi calon PAS dalam pilihanraya 1959. Beliau menang dan menjadi wakil rakyat Pas bagi kerusi Parlimen Besut, Terengganu. Pada masa itu sistem pilihanraya Dewan Undangan Negeri dijalankan mengikut negeri ke negeri. Negeri paling akhir selepas Terengganu adalah Kelantan. Dengan sistem seperti ini, Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan pimpinan PAS telah menyusun tenaga kerja jentera PAS dipindahkan dari satu negeri ke satu negeri. Di Dewan Undangan Negeri Terengganu, PAS menang 13 daripada 24 kerusi dan berjaya membentuk kerajaan negeri di Terengganu. Manakala di peringkat Parlimen pula, calon-calon PAS menang empat kerusi, iaitu Ustaz Hasan Adli di Kuala Terengganu Utara, Khadijah Sidek di Dungun, Harun Pilus di Terengganu Tengah dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy di Besut.

- muka surat 38 -

Dengan kemenangan ini, PAS di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy menggunakan kempen ”Kalau di Terengganu PAS boleh menang, kenapa Kelantan tidak?” Ternyata taktik ini berkesan sekali sehingga memenangi 28 daripada 30 kerusi Dewan Undangan Negeri dan berjaya membentuk kerajaan di Kelantan. PAS juga memenangi sembilan daripada sepuluh kerusi Parlimen di Kelantan. Dalam konteks yang lebih luas, Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga telah mempertahankan amalan demokrasi di atas dasar Perlembagaan yang sedia ada. Di atas sebab itu beliau menentang penubuhan Malaysia. Baginya, penubuhan Malaysia adalah bertentangan dengan konsep Persekutuan yang memberi ruang yang luas bagi pembangunan setiap negeri di bawahnya. Menurutnya, dengan wujudnya Malaysia, maka ”mahu tidak mahu Kelantan menjadi satu bahagian di bawah kekuasaan Malaysia”.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy mahu kerajaan Pusat bersikap lebih demokratik dengan merundingkan penubuhan Malaysia dengan kerajaan negeri terlebih dahulu. Di bawah pimpinannya, kerajaan PAS Kelantan telah mengheret isu Malaysia ke mahkamah bagi mendapatkan injuksi penanguhan pembentukan Malaysia. Ternyata pendekatan dan ketokohan Dr. Burhanuddin Al-Helmy serta pemimpin-pemimpin PAS yang lain pada masa itu amat diterima rakyat, khasnya di kalangan kaum Melayu. Kejayaan PAS dalam pilihanraya 1959 juga membuktikan PAS adalah sebuah parti politik dan gerakan Islam yang bersedia memanfaatkan saluran sistem demokrasi yang bersesuaian dengan Islam bagi tujuan memajukan Islam, rakyat dan negara. Di atas kejayaan ini, kerajaan Perikatan menggunakan taktik kotor untuk menghalang kemaraan PAS di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Satu langkah licik telah digunakan untuk menghalang Dr. Burhanuddin Al-Helmy daripada mempertahankan kerusi Parlimen Besut.

- muka surat 39 -

Dalam pilihanraya 1964, Suruhanjaya Pilihanraya telah mengisytiharkan Dr. Burhanuddin Al-Helmy tidak layak bertanding kerana telah didenda sebanyak $25,360 oleh sebuah mahkamah atas satu kesalahan teknikal dalam sebuah syarikat perniagaan. Sumbangan kepada Gerakan Islam Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah seorang pemimpin politik Islam yang mendahului zamannya. Beliau adalah seorang yang progresif, realistik, berpandangan global serta sentiasa bertindak berpandukan prinsip-prinsip Islam. Beliau progresif kerana beliau menolak sebarang bentuk dan unsur kolonialisme. Motivasi utama dalam perjuangan politiknya dalah untuk memerdekan rakyat Tanah Melayu – bahkan seluruh bumi Asia – daripada penjajahan, sama ada penjajahan dari Barat mahupun dari Timur. 

Beliau realistik kerana belaiu sentiasa bersikap terbuka dan bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak – parti politik bukan Melayu atau bukan berasaskan Islam – yang memiliki cita-cita dan tujuan yang sama, iaitu untuk sama-sama mencapai matlamat perjuangan membebaskan rakyat daripada penjajahan. Dari satu sudut Dr. Burhanuddin Al-Helmi adalah seorang ahli politik yang bersikap praktikal dan realistik kalaupun tidak pragmatik. Pendekatannya terbuka. Pengalaman silamnya sebelum menerajui PAS yang sentiasa bersedia bekerjasama untuk mengejar cita-cita bersama - iaitu kemerdekaan – telah berjaya menempatkan PAS dalam kancah arus perdana politik negara pada masa itu. PAS dilihat ada kelainan tetapi tokoh PAS ini tidak lain dan asing bagi mereka yang sama-sama mahu mengejar cita-cita kemerdekaan.

Pakatan politik yang diwujudk

an olehnya dengan parti-parti bukan Melayu dan bukan berasaskan Islam telah melonjakkan PAS sebagai sebuah parti yang berjuang di atas satu ideologi yang jauh lebih jelas daripada UMNO. Kelainan inilah yang sebut oleh pimpinan PAS hari ini sebagai aqidah perjuangan. Dalam bahasa Dr. Burhanuddin Al-Helmy ia disebut sebagai ideologi perjuangan.

- muka surat 40 -

Ini kerana pada masa pemimpin-pemimpin UMNO terperangakap dengan persoalan politik perkauman dan perjuangan kebangsaan yang sempit, PAS di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy berjaya meyakinkan rakyat bahawa akar umbi masalah rakyat Tanah Melayu adalah warisan penjajahan yang berupa penindasan ekonomi dan politik serta sistem kapitalis global yang menindas dan memperhambakan pribumi tanah jajahan. Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga mendedahkan kepincangan masyarakat apabila sejumlah elit politik pribumi bersekongkol melindungi dan mempertahankan penindasan sistem penjajah ini.


Karya dan Penulisan
Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah menghasilkan buku yang bercorak politik antaranya:
• Perjuangan Kita, 1946
• Falsafah Kebangsaan Melayu, 1947
• Agama dan Politik, 1954,
• Ideologi Politik Islam, 1957

Namanya Diabadikan
Dr. Burhanuddin Al-Helmy meninggal dunia pada 25 Oktober 1969 berpunca daripada serangan lelah. Sebenarnya Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah jatuh sakit semasa dalam tahanan ISA. Ketika beliau dibebaskan dengan sekatan kawasan pada tahun 1966, penyakitnya masih belum sembuh. Namanya diabadikan di sebuah sekolah di Taiping dan nama jalan di Taman Tun Dr. Ismail, Damansara, Selangor. Beliau dianugerah pingat emas Commander of World Order of Human Merit daripada I’Ordre Universal du Merit Human, Geneva pada 15 November 1959 di atas sumbangannya dalam pembangunan perubatan homeopati.

Source: Shaari Sungib. "Dr. Burhanuddin Al-Helmy (1911-1969)". In: Biodata 5 Tokoh PAS. pages 31-40.

Note: The text above is reproduced verbatim, but with some editing for retaining names in the source language and is modified into smaller paragraphs for more pleasant web reading. Khadijah bt Sidek is Khatijah bt Sidek in other accounts.


Tuesday, 18 January 2011

26. Dr Abbas bin Haji Alias (1914-2004)
















Dr Abbas bin Haji Alias (1914-2004)
LMS 1936 KE VII

Date of birth: 1914
Place of birth: Banting, Selangor
Date of demise: 2004
Place of demise: Petaling Jaya

Author's notes:
I managed to contact one of his daughters, Dr Siti Fathimah bt Datuk Dr Haji Abbas. She is in LinkedIn and Facebook. A few close friends wrote about him.

Dr Siti Fathimah bt Datuk Dr Haji Abbas 
Dr Abbas' daughter followed his footsteps and became a doctor. Dr Siti Fathimah bt Datuk Dr Haji Abbas was a Senior Consultant Radiologist with the Department of Diagnostic Imaging, General Hospital Melaka. She is now retired and continues to work in her post-retirement. She was conferred the Johan Setia Mahkota (JSM) federal award in 2008.
http://dub.linkedin.com/pub/siti-fathimah-abbas/57/6a1/584

Source of Dr Abbas's biodata:
The Who's Who in Malaysia 1963 (available in USM main library in Penang)

The Who's Who in Malaysia 1963
Edited images for Dr Abbas's biography (also see separate post/Technical Note on this).
The photos came out alright but they are clearer in the ebook compared to printed books.
Most of the original photos were provided by his daughter Dr Siti Fathimah. The 1947 football image and his image at 80 were from Fadli Ghani. The other photos were from Arkib Negara Malaysia.
A collage of some of the photos in Dr Abbas's biography
External links:
Football Association of Malaya