http://umrefjournal.um.edu.my/filebank/published_article/2930/03%20Bil%204%20dr%20tatiana.pdf
M.A. Rauf
- Menurut M.A. Rauf, orang Arab bertanggung jawab membawa Islam ke dalam alam Melayu.
- Beliau menyatakan bahawa kampung-kampung pertama orang Arab Muslim sudah muncul di Sumatera pada tahun 674 M.
- Bahan-bahan tersebut menafikan prasangka mengenai sejarah Islam terawal di alam Melayu yang tersebar di dalam kajian orientalis Barat.
- Buku M.A. Rauf “A Brief History of Islam With Special
- Reference to Malaya” adalah amat penting kerana mengandungi pendapat objektif tentang sejarah penyebaran Islam di Nusantara dan asal-usulnya.
T. Denisova
- T. Denisova. “A Step Towards Avoidance of Misunderstanding and Conflict: Uncovering Some Western Myths Regarding MalayIslamic Historical Sources”. (dalam: International Seminar The Truth of Islam: A Vision for the Ummah and the Rest of the World, 21-22 December 2005 / 19-20 Zulkaedah 1426H).
- Asal-usul Islam di Malaya dan ciri-ciri khasnya.
- Sejarah pentadbiran penjajahan Inggeris di alam Melayu.
- Undang-undang tradisional dan perubahannya pada zaman kerajaan Inggeris.
- Analisis kegiatan orang Inggeris dalam bidang agama.
- Analisis sistem undang-undang Malaya (termasuk peraturan syariah) pada zaman penjajahan Inggeris.
- Sistem kerajaan dan sistem pentadbiran agama.
- Analisis kegiatan Inggeris dalam bidang pendidikan agama.
- pengaruh Islam di masyarakat Melayu sebelum tahun 1963
- pengaruh Islam dalam proses kesedaran diri orang Melayu pada tahun sejak 1963 sehingga 1970
- gerakan dakwah semula Islam dan organisasi-organisasi dakwah (ABIM, Darul Arqam, PERKIM dan lain-lain)
- konsep nasionalisme Melayu pada tahun ke-1970an
- kegiatan PAS
- konsep kerajaan dan politik oleh Dr. Mahathir Mohamad.
- Pada awal kurun ke-20 di antara para pembela hak-hak orang Melayu terdapat ramai orang Muslim, iaitu bukan Melayu, yang aslinya Indian-Arab. Mereka yang mengepalai gerakan tersebut pada tahun 1906-1930an.
- Orang Muslim yang bukan Melayu dianggap sebagai “Melayu” kerana mudah berasimilasi dengan orang Melayu tulen. Mereka berkahwin dengan orang Melayu, berbahasa Melayu dan hidup dalam masyarakat orang Melayu
- T.Denisova. A Step Towards Avoidance of Misunderstanding and Conflict: Uncovering Some Western Myths regarding Malay-Islamic Historical Sources. (dalam: International Seminar “The Truth of Islam : A Vision for the Ummah and the Rest of the World” 21-22 December 2005 / 19-20 Zulkaedah 1426h).
Moshe Yegar
- Moshe Yegar menulis bahawa para saudagar Arab yang membawa Islam ke alam Melayu.
- Kemudian selepas rumusan tersebut, pengarang menyatakan pula secara betul, bahawa para haji dan syed (bukan saudagar) dianggap sebagai para mubaligh Islam yang paling berwibawa:
- “The hajj’s … were held in high esteem and were extremely influential through their proselytizing efforts, as reformers and missionaries alike.”
- Mubaligh dan murshid–murshid tersebut menganggap penyebaran Islam di alam Melayu sebagai satu misi yang suci dan istimewa.
- Pengarang menegaskan peranan para Syed dalam Islamisasi alam Melayu, terutama syed-syed dari Hadramaut. Beliau menulis: “The Hadramautis were prominent in the Arab community.”
- “The Malays… stood in awe of them, and addressed them in the same respectful terms as they used towards their rajas.”
- “The Sayyids were the only group of outsiders accepted by royalty as equal in status.
Influences on Malayan religious scene
- Salah satu unsur yang mempengaruhi gerakan semula dakwah Islam di Malaysia adalah gerakan Islam di Indonesia.
- Pada tahun akhir ke-1970 mulai gelombang yang kedua dalam gerakan dakwah semula Islam di Malaysia. Peringkat tersebut dipengaruhi oleh Ihwan Muslimin (Mesir) dan Jamaati Islami (Pakistan). Pada masa itu gerakan tersebut menjadi lebih radikal. Timbul rayuan supaya menjadikan Malaysia sebagai satu negara Islam berdasarkan al-Qur’an dan Sunnah.
- kegiatan ‘dakwagirls’. Golongan tersebut merupakan satu aliran radikal. Lazimnya mereka berusaha untuk menakutkan dan mendorong orang yang tidak ikut peraturan mereka (gadis tanpa tudung, orang Muslim dari aliran-aliran lain, orang yang beragama lain).
Chandra Muzaffar
-
Mutalib Hussin
- Sejarah gerakan Islam dan hubungan di antara bangsa-bangsa di Malaysia pada tempoh masa 1963 sehingga 1987 dijelaskan dalam buku Islam and Ethnicity in Malay Politics (KP JB 1744) yang dikarang oleh Mutalib Hussin.
- Mutalib Hussin menulis bahawa sejak dahulu kala Islam menyerupai asas tamadun dan kehidupan masyarakat Melayu: “The Islam is an integral and significant factor in Malay culture is beyond dispute. …Islam…became part and parcel of the Malay world-view. The vocabulary of Malay literature and oral tradition is full of Islamic terms and values."
- Inilah sebabnya kerana Islam menjadi bendera dalam gerakan kemerdekaan dan slogan-slogan utama dalam kegiatan UMNO selepas kemerdekaan: “For Islam, it seemed that faith was still considered important by UMNO leaders, but in superficial level. Islam was taken for granted and given prominence only during election times when UNMO sought to counter PAS, since UMNO realized that it could only ignore the faith at its peril, given the integral nature of Islam in Malay culture and identity.”
- Maklumat tersebut menunjukkan bahawa Islam menjadi “senjata” dalam pemilihan umum, kerana pengaruh agama di masyarakat Malaysia adalah amat kuat.
- Mutalib Hussin menumpukan perhatian kepada perkembangan Islam dan Islamisasi pada tempoh masa semenjak tahun 1963 sehingga 1970an.
- Beliau menyebutkan juga para ulama dari
- Indonesia yang berjasa banyak dalam proses Islamisasi di Malaysia.
M.B. Hooker
- Bahan-bahan tentang Islam yang tersimpan dalam koleksi John Bastin menunjukkan bahawa terdapat satu salah faham mengenai Islam dan peranannya di dalam masyarakat Melayu, iaitu kontradiksi di antara pendapat orang Melayu mengenai sejarah dan masyarakat sendiri dan pendapat para ilmuwan Barat yang mengkaji alam Melayu sebagai subjek penelitian ilmiah.
- Para cendekiawan Melayu menganggap Islam sebagai asas kesedaran kebangsaan dan kaedah kemajuan negara.
- Namun ada beberapa ilmuwan Barat yang menganggap Islam sebagai unsur negatif yang mengakibatkan kemunduran masyarakat Melayu.
- Pendapat bahawa agama (termasuk Islam) adalah unsur negatif yang tidak memajukan masyarakat tersebar di dalam sosiologi Barat.
- Hal tersebut dicerminkan dalam buku “Islam in South East Asia” (KP JB 1743) yang disusun oleh M.B. Hooker.
- Buku tersebut menyerupai kumpulan makalah tentang Islam di Asia Tenggara dan ciri-ciri khasnya (etnik, bahasa, budaya, hubungan budaya Islam Melayu dengan tradisi Hindu-Buddha dan sistem penjajahan Eropah).
- Di dalamnya terdapat makalah sebagai berikut- MB Hooker “Introduction: The Translation of Islam into South-East Asia.”
- Dalam makalah tersebut pengarang mengikut pendapat bahawa Islam datang ke dalam Asia Tenggara pada kurun ke-13 dan ke–14.
- Beliau menjelaskan bahawa pendapatnya berdasarkan fakta-fakta yang berikutnya, iaitu batu-batu nisan yang terawal bertarikh pada kurun ke-14 dan ke-15, dan berdasarkan pada maklumat-maklumat Ibn Battutah, Marco Polo dan Tome Pires; berdasarkan tarikh Hikayat Raja Pasai dan Sejarah Melayu.
- M.B. Hooker juga mengikut konsep Snouk Hurgronje, bahawa Islam di Nusantara datang dari India. Sebabnya kerana menurut pendapat beliau sastera Melayu di Sumatera dan Melaka berdasarkan tradisi India Selatan dan dipengaruhi olehnya.
- Justeru itu beliau tidak menerima pendapat bahawa para ulama Hadramaut lah yang membawa Islam ke alam Melayu.
- Sebagai subjek-subjek yang terpenting yang berkaitan dengan Islam di Nusantara pengarang menyebutkan fikh, sastera dan falsafah.
- M.B. Hooker menganggap genre tersebut sebagai bentuk penyebaran Islam di alam Melayu pada kurun ke 16-17.
- Terdapat senarai manuskrip-manuskrip yang berkaitan dengan subjek tersebut. Senarai manuskrip-manuskrip dilampirkan dengan keterangan.
- Kesimpulan yang utama beliau adalah bahawa Islamization di alam Melayu bercampur dengan adat iaitu dengan tradisi Hindu-Buddha dan adat-istiadat pra-Islam iaitu: “Compromise, syncretism and localized sophistry are the norm rather than the exception”.
- Pendapat tersebut berdasarkan analisis adat-istiadat orang Muslim di pelbagai pulau dan kampung. Memang dalam adat-istiadat sehari hari terutama di Jawa, Palembang, Kedah dan tempat-tempat yang lain.
- Hal ehwal undang-undang di masyarakat Melayu dan pengaruh syariah di dalamnya dijelaskan dalam makalah M.B. Hooker, Muhammad Law and Islamic Law.
- Pengarang menumpukan perhatian kepada perkembangan undang-undang Islam di Asia Tenggara. Pengarang menjelaskan dua istilah iaitu “Muhammadan Law” dan “Islamic Law”.
- Menurut pendapat beliau dua istilah tersebut tidak sama dari segi maknanya.
- “Muhammadan law” atau Undang-undang Muslim adalah kodeks undang-undang untuk orang Muslim secara individual. Manakala istilah Islamic Law adalah undang-undang Islam berdasarkan al-Qur’an dan Sunnah.
- M.B. Hooker (1983), Muhammad Law and Islamic Law in Hooker, M.B. Islam in South East Asia. Leiden, h. 160-182.
A.C. Milner
- AC Milner, dalam Islam and the Muslim State, makalah tersebut adalah tentang pengaruh Islam di dalam sistem kerajaan Melayu.
- Pengarang menjelaskan istilah-istilah ‘kadi’ (dalam pelbagai ejean) imam, shariah, undang-undang, kerajaan, ummat yang terdapat dalam pelbagai teks sejarah di alam Melayu.
- Beliau juga menumpukan perhatian kepada pelbagai kanun undang-undang yang tersebar di alam Melayu (undang-undang Melaka, Undang-undang Laut dan lain-lain) yang membuktikan peranan syariah di masyarakat Melayu.
- Pengarang tidak setuju dengan pendapat J.M. Gullick, bahawa Islam di alam Melayu tidak mempunyai peranan apa-pun.
- A.C. Milner menegaskan juga bahawa dalam sistem kerajaan Melayu ada unsur-unsur tamadun Hindu Buddha.
- Sistem kerajaan dan status ‘sultan’ di alam Melayu dipengaruhi oleh tradisi Persia – “Persianised Muslim court”.
- Kesimpulan tersebut berdasarkan maklumat-maklumat dari Sejarah Melayu mengenai Iskandar Zulkarnain dan Nizam al-Mulk (Abu Ali Hasan Ibn Ali –al-Tusi, 1018 - 1092) iaitu seorang vasir Saljuk Persia
- Sultan-sultan Aceh ikut cara kehidupan para pemimpin India iaitu dinasti Mogul Agung yang dianggap sebagai “Persianised Mogul dynasty”.
- Sementara itu pengarang menganggap konsep “Insan al-kamil” yang tersebar di dalam alam Melayu sebagai salah satu unsur tamadun Parsi juga.
- Pendapat tersebut berdasarkan data-data tentang asal-usul para tokoh Tassawuf yang merumuskan konsep “insan al-kamil’ tersebut. Katanya bahawa Ibn alArabi (wft. 1240) dan Abd al-Karim al-Jili (1365 - 1428) konon berasal dari Parsi. Walaupun al-Jili itu berasal dari kawasan Gilan (Iran), falsafah dan konsepnya menyerupai tamadun tassawuff yang umum yang tersebar di seluruh alam Islam. Konsep “insan al-kamil” tersebut adalah konsep universal yang tidak berkaitan dengan tamadun Parsi.
- Dalam makalah terdapat juga pelbagai keterangan tentang sejarah Islam yang terawal di Nusantara.
- Mengenai sejarah Islamization Asia Tenggara AC Milner menulis, bahawa orang Arab yang membawa agama ke dalam alam Melayu tidak berwibawa dan tidak mampu menarik perhatian raja-raja tempatan dan para penduduk tempatan.
J.M. Gullick
- J.M. Gullick (1965), Indigenious Political Systems of Western Malaya. London
Noer Deliar
- Hal ehwal Islam dalam masyarakat Malaysia masa kini dan darjah perkembangannya dibicarakan dalam karya Noer Deliar yang bertajuk Contemporary Political Dimension of Islam.
- Makalah tersebut adalah tentang keadaan Islam pada masa kini.
- Noer Deliar (1983), Contemporary Political Dimension of Islam in Hooker, M.B. Islam in South East Asia. Leiden, h. 183-215.
Roy F. Ellen
- Roy F. Ellen “Social Theory, Ethnography and the Understanding of Practical Islam in South-East Asia”.
- Roy F. Ellen (1983), Social Theory, Ethnography and the Understanding of Practical Islam in South-East Asia in Hooker, M.B., Islam in South East Asia. Leiden h. 50-91.
- Makalah mengandungi hasil-hasil kajian tentang Islam di Asia Tenggara dari sudut ilmu sosiologi dan etnografi.
- Lazimnya para ilmuwan Barat mengambarkan tamadun Melayu Islam berdasarkan anekdot-anekdot dan sumber yang tidak boleh dipercayai: “What records exist commonly confused and conflate the distinctively Islamic with a myriad local traditions, and a few of the greater ones as well”.
- “In Malaya several generations of scholar-administrators built up a picture of Malay Muslim culture based on a characteristic anecdotal empiricism”.
- Sebagai contoh ilmuwan tersebut R.F. Ellen menyebutkan nama-nama seperti berikut: I.H.V. Evans, C.A. Gibson-Hill, J.D. Gimlette, H.D. Noone, W.E. Maxwell, W.W. Skeat, C.O. Blagden, F. Swettenham, RJ Wilkinson, P.D.R.Williams-Hunt and R.O. Winstedt.
- Beliau menyebutkan bahawa istilah Muslim dianggap sama maknanya dengan istilah Melayu dan istilah masuk Islam – sama maknanya dengan masuk Melayu. Berdasarkan bahan-bahan tentang adat istiadat Islam di Jawa, pengarang menjelaskan juga istilah “kejawen” dan perbezaannya di antara kejawen dan Islam (termasuk tasawwuf).
- Terdapat juga keterangan tentang istilah ‘scripturalism’ (cara kepercayaan ortodoks, berdasarkan teks-teks suci), ‘salmetan, santri, kiai, fundamentalism, modernism’ dan lain-lain.
- Dalam karangan Roy F. Ellen terdapat juga analisis mengenai unsur-unsur adat dan Islam dalam kehidupan sehari-hari orang Muslim di Nusantara.
- Pengarang menegaskan bahawa adat lazimnya tidak bercanggah dengan peraturan Islam.
Mubin Sheppard
- Sheppard, Mubin (1962), The Hajj. The Straits Times Annual for pp. 24-27. (KP JB 1750).
Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas
- Prof. al-Attas bersangkal pendapat dengan R.O. Winstedt dan T.S. Raffles yang menyatakan bahawa sastera Melayu klasik telah dimusnahkan oleh kedatangan Islam.
- al-Attas, Syed Muhammad Naquib (1970), The Mysticism of Hamzah Fansuri. Kuala Lumpur, pp. xvii, 556; (KP JB 1751).
Hamzah Fansuri
- Monograf menunjukkan bahawa di alam Melayu wujud tamadun falsafah dan tasawwuf yang amat menarik dan lengkap.
- Hal tersebut menafikkan prasangka bahawa orang Melayu memeluk Islam secara formal, iaitu tidak mendalam sahaja.
- Dalam senarai tajuk-tajuk mengenai Islam terdapat tiga judul, yang berkaitan dengan haji.
- Ternyata subjek tersebut menarik banyak perhatian John Bastin dan lazimnya menjadi subjek kajian para ilmuwan.
- Disebutkan bahawa maklumat-maklumat mengenai haji sukar dicari kerana para haji Melayu biasanya tidak menulis catatan peringatannya dan tidak berminat (tidak suka) berbincang tentang diri sendiri.
Prof. William R. Roff
- Kertas kerja “The Conduct of the Hajj from Malaya and the First Malay Pilgrimage Officer” (KP JB 1748) yang dikarang oleh William, R. Roff mengandungi maklumat tentang pengendalian haji dari Malaya ke Mekkah pada tempoh masa akhir kurun ke-19 sehingga 1940.
- Dalam karya W.R.Roff terdapat beberapa data statistik mengenai para penziarah dari India (termasuk Nusantara) yang dirakamkan dalam laporan misi-misi Inggeris yang hadir di Mekkah semenjak tahun 1861.
- Pengarang menegaskan bahawa data-data statistik yang pertama mengenai para haji dari Jawa terdapat pada tahun 1883-1884.
- Menurut data-data tersebut jumlah penziarah dari Singapura adalah 3342 orang; yang sampai dari alam Melayu ke Jeddah – 7716 orang. Sekitar 4392 orang menyerupai jumlah haji dari tempat-tempat Nusantara yang lain.
- Terdapat juga datadata mengenai cukai dan pembayaran rasmi yang lain yang membayar para haji untuk mendapatkan semua dokumen-dokumen untuk pergi haji.
- Kertas kerja tersebut mengandungi bahan-bahan yang amat penting tentang pengendalian haji dari alam Melayu ke Mekkah.
- Ternyata pengendalian haji di alam Melayu adalah peristiwa yang biasa dan hubungan di antara alam Melayu dan Mekah wujud dan berkembang walaupun tidak disokong oleh pentadbiran penjajahan Eropah.