Saturday 19 March 2011

Definition of "Malay" in "The Early Malay Doctors"?

Question 1: Are you Malay? Answer: No! I'm Jawi Peranakan.
Question 2: Explain yourself.
Assignment: Sila terangkan maksud "Malay" di dalam judul bakal buku anda.

Malay = an umbrella term

"Malay" Dari Perspektif/Kaca Mata Orang Melayu

(1) Dari segi pakaian lelaki
Orang Melayu menganggap merekalah yang paling Melayu (very Malay).
Orang Melayu melihat merekalah yang paling Melayu (so Malay).
Orang Melayu lelaki memakai kain pelikat (pulicat, pulikat) yang ditenun oleh orang India (Malay men wear Indian cloths).
Orang Melayu lelaki tetap menganggap mereka Melayu walaupun mereka memakai kain pelikat setiap hari walhal kain berkenaan berasal dari India dan digunakan di kalangan orang India (Malay men regard themselves as Malay eventhough they wear the Indian cloth, kain pelikat)

(2) Dari segi pakaian wanita
Wanita Melayu memakai baju kurung. Kain baju kurung mereka ialah kain bercorak daripada Korea. Ramai juga yang memilih untuk membuat baju kurung daripada kain sari. Kain sari digunakan oleh wanita India untuk memakai sari. Ikatan kain sari sama dengan ikatan kain baju kurung wanita Melayu, cuma ropol kain sari lebih banyak. Jika wanita Melayu menggunakan kain sari untuk membuat pakaian baju kurung, adakah mereka menjadi India? Ketika bilakah wanita Melayu itu "Malay" dan bilakah ia dianggap "Indian" atau "non Malay"?

(3) Dari segi makanan
Makanan orang Melayu pada zaman 50-an hingga 70-an ialah nasi putih. Jarang ditemui nasi briyani. Orang Melayu makan nasi briyani ketika tertentu, ia bukan makanan harian. Sekarang, tahun 2007 hingga kini, orang Melayu suka makan nasi briyani. Jika diberi pilihan, orang Melayu akan memilih untuk makan nasi briyani dan ketepikan nasi putih. Mengapa ini berlaku? Ia berlaku sebab orang Melayu tertarik dan gemar memakan masakan India. Adakah orang Melayu dianggap "Indian" sebab mereka menjamu nasi briyani?

(4) Mutually exclusive & mutual exclusiveness
Boleh tak orang Melayu tergolong dalam lebih daripada satu kumpulan etnik? Boleh, jika mereka tidak kelihatan berapa Melayu apabila berada dalam kelompok Melayu. Tidak, jika mereka tidak banyak berbeza dari orang lain dalam kelompok mereka. Pernahkah terjadi kepada anda, anda tidak sesuai dikategorikan sebagai "Malay" walaupun anda "Malay"? Pernahkah anda temui orang "Malay" yang anda sendiri tersalah anggap ia orang "Indian" atau "Chinese" walhal ia memang keturunan Melayu? Mengapakah ini boleh berlaku?

(5) Genetik orang Melayu
Orang "Malay" berpunca daripada pelbagai keturunan dan datang dari pelbagai pelusuk dunia. Boleh dikatan tidak ada seorang pun masa ini yang boleh menganggap dirinya sebagai "100% Malay" sebab penyelidik masih belum mampu membuat fingerprinting bagi mempastikan seseorang itu "Malay". Adakah kita perlu mentakrifkan "Malay" setiap kali kita ingin menggunakan perkataan "Malay"? Mengapakah perkataan "Malay" menghantui kita semua sejak ia wujud? Mengapa kita amat menggeruni akan perkataan "Malay" yang bukan kita cipta? Mengapa harus kita hiraukan/ambil pusing tentang perkataan "Malay"?

(6) Takrif "Malay"
Siapa di antara kita boleh dianggap "Malay" dan siapakah yang "non Malay". Dari perkahwinan campur, maka timbullah istilah "Peranakan" (hybrid). Orang Melayu di selatan Malaysia menggunakan perkataan "Peranakan" bagi semua kelahiran campur (general term). Peranakan Melayu-Cina ialah Baba (lelaki) dan Nyonya (perempuan). Orang Melayu di utara Malaysia menggunakan perkataan yang sama tetapi disesuaikan dengan warna kulit dan keturunan. Maka lahirlah perkataan Peranakan Keling bagi Melayu-India. Peranakan Cina tidak timbul sebab orang Melayu jarang mengkahwini orang Cina (masalah babi dan samak etc). Peranakan orang putih digelar Serani dan banyak berlaku di negeri sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia. Di pantai timur Semenanjung Malaysia, orang Melayu memilih untuk mengkahwini orang Cina atau orang Arab. Jika perkahwinan berlaku antara pasangan Melayu dan Arab, maka timbullah perkatan seperti "Tok Sheikh" dan "hidung Tok Sheikh" etc walhal mereka adalah orang Arab keturunan Melayu/Melayu keturunan Arab dari segi baka. Jika perkahwinan berlaku di antara pasangan Melayu dan Cina, maka timbullah perkataan seperti "mu'allaf", "Melayu celup", "masuk Melayu", "dah Jawi", "Cina Islam" etc.

(7) Apa erti "100% Melayu"?
Terdapat banyak perkataan & frasa baru dalam pertuturan masyarakat kita hari ini. Ada yang tidak enak didengar berhubung perkahwinan campur, dan tak kurang juga yang memberi konotasi negatif walhal mereka pendukung kuat agama suci  Islam yang diperturunkan kepada manusia oleh pencipta kita, Allah SWT. Perkataan "Malay" tidak seharusnya bermakna dan merujuk kepada "orang 100% Melayu" kerana ia tidak pernah wujud. Tambahan, para saintis Melayu kita masih tak dapat mempastikan siapa "the first Malay" dalam konteks penentuan baka Melayu. How can we be so sure that we know who the first Malay was?

(8) "Malay" sebagai perkataan perpaduan
Bagi saya sebagai penulis buku TEMD, "Malay" ialah perkataan yang sesuai digunakan bagi menunjukkan kesatuan/penyatuan/perpaduam di antara kaum etnik pelbagai yang beragama Islam, tidak kira mereka daripada apa kaum/bani/kongsi pun. Jika dilandaskan kepada agama Islam, istilah "Malay" masih benar and betul, iaitu kesatuan/penyatuan/perpaduan kaum yang berbeza tetapi agamanya tetap satu iaitu Islam. If I weave in the political definition of "Malay" into this proposed book, it will tear our social fabric apart and that is what I consider "a book fit for the tong sampah". Kita tak boleh menulis tentang rakyat kita dan pada masa yang sama mengguriskan hati mereka. Bak kata pepatah, "You don't kill your own child"!

(9) "Malay" seharusnya Muslim dan bersatu
In this regard, the book title is correct and appropriate. "Malay" means all Muslims - people who live and eat  with their right hand as Muslims do, regardless of skin colour, creed, background, societal status etc etc. Using skin colour or looks to decide on a person's ethnic origin is unscientific, unethical and should be stopped because we tend to be misled and go overboard, which gets us into the realm of "riak wa takkabur". "Malay" is only a term for classifying Muslims as one in this country only. "Malay" is a uniting term, and not a term that refers to the fragmented society with which the Muslim people have to live with in this country. Kita tak boleh dikira sebagai Melayu jika kita sentiasa berfikir untuk berpisah dan bercakaran antara satu sama lain. Sebaliknya, kita harus berfikir kita Melayu sebab kita sentiasa ingin bersatu dan hidup aman dan damai sebagai kaum Melayu yang berdisiplin and tinggi marwahnya sebab kita semua orang Islam dan berpendirian sebagai Islam.

(10) Hikmah tentang perkataan "Malay" 
"Malay" itu orang Islam dan Melayu itu sekumpulan daripada orang Islam. Ada banyak lagi kumpulan yang bukan Melayu tetapi tetap tergolong sebagai "Malay" di negara kita. Perkataan "Malay" diwujudkan untuk memudahkan pengurusan orang-orang beragama Islam ketika era penjajahan British. Ini kesan daripada sejarah negara kita. Kita sebagai orang Islam seharusnya tinggi kemampuan berfikir. Orang Islam tinggi akalnya dan tidak tunduk kepada benda-benda yang memecahkan masyarakatnya. So a good rethink is needed if you really want to read and understand why and how I have written this book. Also, you may want to study sufism before you decide to even read this book. You have to be a good Muslim to understand this book.

Also see: http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Melayu_di_Singapura