1 Oktober 2021 Kepada: Tuan Yang Berbahagia, Bahagian Kesihatan, Lembaga Tabung Haji. \
Daripada: Prof. Faridah Abdul Rashid Penulis buku dan blog
“The Early Malay Doctors”
Assalamu’alaikum,
MEMOHON SENARAI AHLI ROMBONGAN PERUBATAN KA MEKAH BAGI HAJI TAHUN 1962-1969 Perbualan saya hari ini dengan Encik Mohd Faisal bin Mokhtar, TH Contact Centre, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, adalah dirujuk, ekoran komen saya pada posting TH Menyambut Ulangtahun ke-58. Saya ingin mendapatkan Senarai Ahli Rombongan Perubatan ke Makkah bagi Haji tahun 1962 hingga 1969.
Saya, Profesor Faridah Abdul Rashid (MyKad: ####-##-####),
telah berpencen dari mengajar selama 36 tahun di School of Medical Sciences, Universiti Sains Malaysia, di Kampus Kesihatan di Kubang Kerian, Kelantan. Saya kini menetap di rumah di Kelantan.
Saya sedang meneruskan usaha penyelidikan terdahulu secara persendirian and penulisan buku sejarah ilmiah berbentuk biografi dan bertemakan, The Early Malay Doctors Malaya and Singapore 1900-1957. Semua perbelanjaan penulisan dan penerbitan adalah ditanggung saya sendiri. Dua buah buku telah pun diterbitkan pada 2012 dan boleh diperolehi dalam talian.
Dalam penyelidikan saya, saya menemui sebuah passport Haji 1963, tiket kapal Haji 1963, dan gambar Haji kepunyaan arwah datuk saya iaitu Dr Haji Che Lah bin Md. Joonos (Kad pengenalan: 2518843 (biru)). Ia bertugas sebagai Doktor Haji sebanyak 7 kali iaitu bagi tahun 1962-1969, bersama isterinya, Matron Hajah Mariah Che Lah @ Mary Chong Nyet Lin, yang mengerjakan tugas sebagai Jururawat Haji sebanyak 5 kali. Kedua-dua arwah datuk dan nenek saya menetap di rumah 219 Bukit Glugor, Penang, semasa mengerjakan Haji 1963. Mereka kemudian berpindah ke rumah 355-A Lengkok Pemancar, Bukit Glugor, Penang, bagi Haji seterusnya.[Sila rujuk YouTube video "Retrospektif: Seruan Suchi (1965)" untuk lihat Haji Dr Che Lah mengiringi DYMM SPB YDP Agong di klinik di Makkah pada tahun 1965.]
Menurut salah seorang jemaah Haji pada tahun 1964, Shaikhah Musbah Mattar
(anak bongsu Dr Shaik Taha Mattar, Singapura), terdapat dua orang doktor tambahan dari Pakistan di atas kapal Haji Kuala Lumpur pada tahun 1964, iaitu Dr Munir Azmi dan Dr Barney. Saya tidak dapat mengesan mereka atau keluarga mereka.
Selain Matron Hajah Mariah Che Lah, jururawat lain yang berkhidmat dalam Rombongan Perubatan ke Makkah pada 1962-1969 ialah Hafsah, Nik Zaleha, dan Rabiah (menurut catatan di belakang gambar). Nama mereka yang lengkap dan negara/negeri asal mereka tidak diketahui. Nik Zaleha berasal dari Kelantan dan kini berusia 70-80 tahun dan menetap di Arab Saudi. Menurut Shaikhah Musbah Mattar, ada juga jururawat yang berasal dari Singapura semasa ia mengerjakan Haji pada 1964.
… Dengan penerangan saya di atas, saya ingin memohon kepada Lembaga Tabung Haji untuk mendapatkan Senarai Ahli Rombongan Perubatan ke Makkah bagi Haji tahun 1962 hingga 1969. Senarai ini akan membantu saya cam mereka dalam gambar yang ada dalam simpanan saya dan membetulkan teks berkenaan Haji dalam penulisan saya (buku dan juga blog).
5 attachments | | | B-TEMD 2012.jpg 56K |
| | | R-TEMD 2012.jpg 51K |
| | | Seruan Suchi by FINAS 23 July 2021 (Hajj 1965).png 677K |
|
| DR CHE LAH BIN MOHD JOONOS.pdf 5695K |
|