Tuesday, 18 January 2011

27. Dr Mohamed Din bin Ahmad (1912-1999)
















Dr Mohamed Din bin Ahmad (1912-1999)
LMS 1937 KEVII

Date of birth: 26 January 1912
Place of birth: Seputeh, Perak, Federated Malay States
Date of death: 28 February 1999
Place of death: Kuala Lumpur
Place of burial: Bukit Kiara Cemetery

First Director-General of Health, Ministry of Health Malaysia (1967-1971)

1 comments:

Sellene said...

May i respectfully refer you to this link below? There is information on the above personality that you might find useful.

http://myurangtalu.com/index.php?option=com_content&view=article&id=50&Itemid=53

Ketua Pengarah Kesihatan pertama

Lahir di Siputeh Kinta,Perak pada tahun 1913 dan bersekolah di Sekolah Victoria Institution, Kuala Lumpur. Beliau melanjutkan pelajarannya ke Raffles College Of Medicine di Singapura dan telah berjaya memperolehi ijazah Doktor Perubatan dengan cemerlang. Kemudian beliau bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Daerah Kuala Kangsar, Hospital Taiping, Pegawai Perubatan Negeri di Ipoh dan di Kuala Terengganu. Kemudian beliau ditukarkan ke Kuala Lumpur sebagai Pengarah Perubatan.



Kesungguhan beliau memikul segala tanggungjawab dalam apa juga keadaan telah memantapkan keperibadian beliau sebagai seorang Pegawai Perubatan dan pemimpin yang berupaya. Dalam konteks Negara yang baru mencapai kemerdekaan pastinya banyak proses perubahan berlaku dan inilah waktu dan ketikanya anak-anak bangsa diberi kepercayaan untuk mengambil alih jawatan jawatan penting daripada pihak-pihak penjajah yang pernah memerintah Negara ini. Lantas itu allahyarham telah dilantik untuk mengambil alih jawatan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia yang pertama daripada anak bangsa Melayu. Kecemerlangan beliau memimpin Kementerian Kesihatan ini telah mendapat pengiktirafan yang sangat terpuji dan telah menerima enam bintang Dato' dan Dato' Seri. Justeru, beliau telah dianugerahkan bintang tertinggi Tan Sri oleh D.Y.M.M Yang Di Petuan Agong.


Ibu beliau Hajah Esah binti Hussin dari Siputih, Perak adalah keturunan Talu dan ayahnya Haji Ahmad JP juga orang Talu. Isteri pertama beliau, Puan Sofia binti Abdullah memperolehi lapan orang anak seperti berikut Pn. Halimah (M), En. Kamal Md. Din (64), Datin Mahanom (63), Pn. Jamaliah (62), En. Jamal Md. Din (M), Pn. Zarina (58), Maimunah (M) dan En. Rosman Md. Din (55). Isteri beliau yang kedua Puan Sri Kamsiah binti Ali mendapat dua orang anak seperti berikut, En. Rahim Md. Din (50), dan Pn. Noraini (48). Allahyarham Tan Sri Dr. Mohamad Din bin Haji Ahamd teIah kembali ke rahmahtullah di Kuala Lumpur ketika berusia 87 tahun 2000. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin...