Subjek: Jemputan ke Seminar Pemerkasaan Warisan Melayu Pulau Pinang: Cabaran dan Harapan
Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS), Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Persatuan Warisan Melayu Pulau Pinang (PEWARIS) dan Think City akan menganjurkan Seminar Pemerkasaan Warisan Melayu Pulau Pinang: Cabaran dan Harapan pada 1 November 2014 (Sabtu), jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang bertempat di Dewan Persidangan Universiti (DPU), USM. Antara objektif utama adalah untuk:
- Membicarakan cabaran dan harapan warisan Melayu Pulau Pinang dalam arus perbandaran dan permodenan.
- Menjejak dan meneroka khazanah warisan Melayu Pulau Pinang dan kesinambungan tinggalannya.
- Mempertingkatkan pengetahuan dan memberi pendedahan kepada generasi muda tentang warisan Melayu Pulau Pinang.
- Memperkasa dan merakyatkan warisan Melayu Pulau Pinang ke akar umbi.
- Mengekal dan memulihara warisan Melayu Pulau Pinang.
Majlis akan dirasmikan oleh Y. Bhg. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Timbalan Pengerusi, Khazanah Nasional Berhad. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Puan Aniza Daud : 04-6533389/aniza_daud@usm.my
Puan Samsuriati Syamsuddin : 04-6533385/samsuriati@usm.my
Sekian.
Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk
Timbalan Pengarah
Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS)
Universiti Sains Malaysia
0 comments:
Post a Comment