Friday 13 October 2023

Mereka Yang Sebenarnya Bersalah Dalam Kes Ahamd Zahid

  Mereka Yang Sebenarnya Bersalah Dalam Kes Jenayah Ahmad Zahid

M. Bakri Musa

 

October 10, 2023

 

Keputusan Mahkamah bulan lalu (September 4, 2023) melepaskan tanpa membebaskan (DNAA – nama singkatan dalam Bahasa Inggeris – Dismissal not amounting to an acquittal) Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi daripada tuduhan rasuah jenayah dan pengubahan wang haram berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi RM 31 juta mencetuskan banyak bidasan dari pakar undang-undang serta orang ramai. Ia juga nyaris menyebabkan satu pertunjukkan perasaan yang besar di ibukota. 

 

            Kemarahan dan perasaan kurang puas hati diarahkan pertama kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim; kedua atas kelemahan dan kurang kecekapan pentadbiran kehakiman dan undang undang negara. Zahid ialah Timbalan kepada Perdana Menteri Anwar. Oleh sebab itu, tohmahan pertama boleh agak difahami walau pun tidak berasas dan mungkin tersasar. Bandingkan dengan tiadanya bantahan ramai apabila bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dibebaskan daripada tuduhan rasuah melibatkan jumlah yang lebih besar, yakni RM 232.5 juta.

 

            Dari segi kelemahan pentadbiran kehakiman, itu pun tidak bertempat. Malaysia adalah salah satu daripada beberapa negara yang telah berjaya mendakwa dan mempenjarakan bekas Perdana Menterinya. Itu menunjukkan pentadbiran kehakiman yang beres. Tetapi dengan Zahid pula, hasilnya jauh berbeza. Mengapa?

 

            Perlu di perhatikan dan mesti diingatkan bahawa bersabit dengan kes bekas Perdana Menteri Najib Razak, Peguam Negara (AG) berkenaan, Tommy Thomas, dan ketua pendakwa raya, mendiang Gopal Sri Ram, bukanlah pegawai tetap Perkhidmatan Awam. Berdua di ambil khas dari dunia swasta. Ini menunjukkan bahawa kita akan lebih bermanfaat jika memereksa bukan cara perhakiman negara tetapi sebaliknya kepada dramatis personae, atau mereka yang berkait dengan pendakwaan Zahid.

 

            Pertama ialah Peguam Negara kes Zahid, Idrus Harun. Dia memohon kepada mahkamah untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Zahid hanya beberapa hari sahaja sebelum beliau bersara. Kedua, teliti sedikit kelulusan dan pengalaman dia. Ijazah undang-undangnya dari universiti tempatan dan dia tidak pernah pun berkerja di luar perkhidmatan awam. Pendek kata, dia mencerminkan mereka yang memperolehi kelulusan serta kerjanya atas atau melalui hak istimewa Melayu.

 

            Yang lebih penting dan amat pelik, Idrus meminta DNAA itu semasa pertengahan perbicaraan yang sudah berlalu terpanjang, memakan lebih 53 hari mahkamah, mendengar daripada 99 saksi, dan selepas hakim memutuskan bahawa terdapat bukti prima facie (sepintas lalu) dan memerintahkan Zahid membela dirinya atas semua tuduhan.

 

            Alasan Idrus Harun ialah (kononnya dalam katanya kepada Perdana Menteri Anwar) "untuk membersihkan hati nuraninya [Idrus] sebelum bersara." Patutnya hati nurani Idrus sudah tentunya jelas apabila dia memulakan pendakwaan Zahid.

 

            Bagi pehak ketua pendakwa raya Zahid yang awal, Raja Rosela Toran, gaya persembahannya serta tatatertip beliau di dalam mahkamah menunjukkan bahawa dia tidak sedikit pun gentar atau hairan dengan kedudukan tinggi Zahid. Raja Rosela juga, tidak seperti Idrus Harun, telah memilih untuk bersara lebih awal lagi untuk memasuki sektor swasta. Perbuatan sedemikian bukanlah satu kebiasaan kepada mereka yang berjaya tanpa bergantung atas hak istimewa Melayu. Ini disahkan seterusnya. Raja Rosela, tidak seperti Idrus Harun, bukan seorang graduan tempatan.

 

            Bagi hakim Yang Arif Collin Lawrence Sequerah pula, dia tersekat atas pendapatannya serta apa yang dia boleh buat. Tangan dan mulutnya terikat oleh undang undang negara serta tertatartib mahkahmah. Boleh tak boleh dia mesti membenarkan kehendak pendakwa yang memohon DNAA untuk Zahid. Dia hanya dapat membidas pendakwa serta kerajaan dengan cara halus. Yakni, pembicaran yang sudah pun berpanjangan merupakan satu lakuan yang membazirkan dana rakyat dan masa kakitangan kerajaan. Di sebalik kesopanan perutusan undang-undang itu, Yang Arif sebenarnya mengecam Idrus Harun.

 

            Saya tidak tahu di mana Hakim Sequerah memperolehi kelayakan undang-undangnya, tetapi dia perpegalaman luas diluar perkhidmatan awam. Serta dengan namanya, dia tidak mungkin seorang yang tergantung kepada hak istimewa Melayu untuk mendapat kelulusan atau jawatannya.

 

            Pengganti Idris Harun sebagai Peguam Negara ialah Ahmad Terrirudin Salleh, seorang lagi graduan undangan tempatan. Dia juga telah menghabiskan keseluruhan kerjayanya dalam perkhidmatan awam. Tidak mustahil jika ia akan mengikut langkah si Idrus Harun.

 

            Semasa Anwar menjadi Perdana Menteri saya mencadangkan supaya beliau menggantikan Peguam Negara Idris Harun dan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Jika difikirkan semula, adalah kebijaksanaan Anwar yang dia tidak membuat sedemikian. Bayangkanlah jika Peguam Negara baru yang dilantik oleh Anwar memohon DNAA untuk Zahid! Malangnya pemerhatian isyarat ini terlepas oleh mereka yang mengecam Anwar dan mendakwa dia bercampur tangan politik dalam kes DNAA Zahid.

 

            Sebaliknya jika Anwar pada mulanya melantik seorang luar yang berkaliber seperti Tommy Thomas sebagai Peguam Negara, bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mungkin hari ini sudah dalam penjara menyertai si Najib Razak. Begitu juga Ahmad Zahid. Renungkan sedikit berapa rengannya masaalah serta pening kepala Anwar sekarang! Maklumlah, Zahid akan di ganti oleh Mat Hassan sebagai ketua UMNO serta terus menjadi Timbalan Perdana Menteri yang baharu. UMNO tidak mungkin meninggalkan gabungan Anwar kerana pemimpin mereka kini sudah syok menikmati faedah mereka sebagai menteri.

 

            Anwar sedar dari awal semasa dia melantik Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri bahawa dia (Zahid) sudah pun menghadapi tuduhan jenayah tersebut. "Tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah" adalah amalan undang-undang dimahkamah jenayah. Tetapi di dunia luar, seperti memilih seseorang untuk jawatan tinggi seperti menteri kerajaan, itu semestinya memerlukan taraf amanah yang lebih tinggi, seperti tidak ada sedikit pun bau yang tidak sedap atau kelakuan yang tidak wajar.

 

            Walau pun demikian rakyat Malaysia dalam kebijaksanaan mereka tidak memberi Anwar mandat majoriti dan dengan itu dia tidak bebas untuk memilih sesiapa yang diingginnya untuk menjadi menteri. Dia terpaksa memilih ranting yang diberi padanya oleh rakyat. Mewujudkan gabungan politik banyak ceritanya. Itu bukanlah satu perbuatan untuk mereka yang murni atau lemah semangat.

 

            Inilah kelebihan besar Anwar. Akibatnya sudah nyata. Negara pada hari ini mempunyai kerajaan yang stabil. Yang lebih penting lagi, negara dapat menjauhi kepimpinan kolot bolot Mahathir. Dia sedia dan tidak habis memburokkan kerajaan Anwar Ibrahim. Renungkan lebih sedikit sekali lagi. Oleh sebab kebijaksanaan politik Anwar negara sekarang tidak di bawah pemerintahan PAS dan Perikatan Nasional. Kedua dua nya korup serta tidak cekap. Bagi mereka yang sekarang mengutuk Anwar, ingatkanlah sedikit bahala yang negara kita sudah dapat elakkan. Fikiran sedemikian patut menginsafkan kita.

 

            Saya harap Jawatankuasa Pilihan Parlimen akan meneliti kes DNAA Ahmad Zahid dengan teliti, terutamanya peranan kaki tangan kerajaan dari pihak pendakwa bermula dengan bekas Peguam Negara Idrus Harun. Saya harap keputusan Jawatan Kuasa Pilihan Parlimen tersebut akan mendorong Anwar untuk menggantikan Peguam Negara serta Ketua SPRM semasa dengan profesional dari luar yang berkelayakan dan pengalaman mantang. Ini adalah keputusan yang sudah terbukti. Penyerapan mereka dari luar yang berbakat serta beres amat diperlukan oleh negara pada masa ini.