Wednesday 27 September 2023

Ucapan Anwar Ibrahim di BBB

 Endahnya Ucapan Anwar Ibrahim Di Persidangan Agung Bangsa Bangsa Bersatu

M. Bakri Musa

 

26 September 2023

 

Ucapan rasmi pertama Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 22 September 2023 di Perhimpunan Agung Tahunan Ke-78 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) amat mengakumi. Dari segi nada, gaya serta isi beliau menyentuh semua dengan beres dan fasih samada isu serantau, seluruh dunia, atau antara sempadan seperti pemanasan dunia dan peminggiran golongan miskin.

 

            Beliau bermula dengan kata aluan dalam Bahasa Melayu serta sambutan Islam sebelum beralih ke Bahasa Inggeris untuk ucapannya. Dengan Baju Melayunya dan samping serta songkok yang berwarna sederhana dia memancar suasana yang anggun. Dia sedar bahawa UNGA bukanlah tempatnya untuk mempamerkan pakaian berwarna-warni, mengayakan budaya yang pelik, atau bahasa yang kuno tetapi untuk berkongsi dan menukar fikiran dengan pemimpin lain supaya dunia yang kita orang takluk ini mungkin menjadi lebih baik dan adil. Itulah kecemerlangan Anwar. Ramai pemimpin kita yang sudah berucap di UNGA tetapi tidak siapa pun yang setanding dengan Anwar Ibrahim sama ada dari segi gaya atau kandongan.

 

            Sebelum Anwar ialah Perdana Menteri Ismail Sabri. Gaya dan sikapnya adalah secara kampung. Dia lebih berminat main politik tempatan kononnya dengan menyampaikan ucapannya dalam Bahasa Melayu. Dia mungkin mendapat pujian tertinggi daripada pejuang bahasa di tanah air tetapi sayangnya sebilangan kecil sahaja perwakilan yang mengunakkan fon telinga mereka. Maknanya, tidak ramai memberi perhatian. Siapa yang ingin mendengar suara si penterjemah? Sebelum Ismail Sabri, giliran Muhyiddin Yassin pula. Dia lebih baik menyampaikan ucapannya dalam Bahasa Melayu dan bergantung kepada penterjemah rasmi.

 

            Tuturan Bahasa Inggeris Najib Razak agak lebih beres, akibat didikannya di sekolah berasrama British. Tetapi pembentangannya bergaya hanya dari segi Bahasa; kandongannya kosong. Bagi Abdullah Badawi pula, ucapannya di UNGA dan di tempat lain bolehlah kita lupakan, seperti juga tempoh perkhidmatannya.

 

            Mahathir Mohamad telah berucap di UNGA lebih banyak kali daripada pemimpin dunia yang lain, kecuali agaknya Presiden Zimbabwe Robert Mugabe. Mereka kedua banyak persamaan yang lain. Peminat Mahathir yang sekarang amat tipis serta pencacai Anwar sibok menceritakan bahawa kononnya jumlah kerusi kosong di dalam dewan ketika Anwar berucap melebehi berbanding penampilan terakhir Mahathir pada 2019. Kritis Anwar lupa bahawa perwakilan PBB tidak berminat mendengar apa yang orang tua ingin menyampaikan tetapi hairan bagaimana seorang tua boleh bercakap berpanjangan tanpa memgunakan tandas! Mengenai kandungan, ucapan Mahathir adalah cerita lama sahaja, yakni menentang Barat dan bermain di galeri Dunia Ketiga.

 

            Tepukan pertama untuk Anwar muncul bila ia dengan bahasa yang jelas mengutuk pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Pengkritik Anwar di tanah air mengsifatkan itu sebagai membodek Amerika. Betul, kenyataan Anwar menggembirakan Barat, khususnya Amerika. Walau bagaimanapun, jika pencacai Anwar mendengar lebih lanjut lagi, beliau juga mengutuk pengilhakan Israel terhadap Palestin dan pengganasan terhadap rakyatnya. Itu mendapat tepukan yang lebih kuat. Amerika pasti tidak berpuas hati dengan itu.

 

            Saya setuju dengan anggapan Anwar menyokong Ukraine. Malaysia, seperti Ukraine, juga mempunyai jiran yang juga lebih besar dan kuat yang sudah pun mencerobohi negara kita. Hanya ketidakcekapan dan rasuah Sukarno yang mengakibatkan konfrontasi 1960-an gagal.

 

            Malaysia kini ada jiran yang lebih kuat lagi, iaitu Negeri China. Tetapi tidak seperti dengan Indonesia, sempadan kita dengan China bukan atas daratan tetapi di laut, yakni Laut China Selatan yang kini dipertikaikan. Sempadan air lebih sukar untuk ditakrifkan dan juga dipertahankan. Negeri China sekarang sibuk melenturkan kekuatan tentera lautnya dengan apa yang mereka sifatkan sebagai "Garisan Sembilan" (Nine-dash Line). Tuntutan mereka hanya tergantung atas peta kurun berkulat. Membuat tuntutan sedemikian adalah cara lama manusia, sejak sekurangnya maknusia boleh menulis. Ini bukan kali pertama peperangan akan dimulakan berdasarkan perbuatan sedemikian. Lihat Israel sekarang dengan Palestin.

 

            Anwar mendapat tepukan gemuruh apabila dia mengutuk pembakaran al-Quran di Sweden dan ketika dia menyuarakan penderitaan orang miskin. Membakar Qur’an ialah dengan terus terang sifat kebencian. Mengsembunyikannya di sebalik muka depan kebebasan bersuara hanyalah penyelewengan nilai-nilai murni kecerahan.

 

            Beliau sekali lagi menghuraikan pembakaran al-Quran dalam khutbah Jumaatnya di Pusat Kebudayaan Islam New York. Di sini sekali lagi kepandaian Anwar untuk membaca pendengarnya terpamer dengan jelas. Dia menceritakan bagaimana kerajaan Madani bertindak, dengan menterjemahkan Qur’an ke bahasa Scandinavia dan menedarkannya percuma. Itu tindakbalasan yang tidak disangka, yakni terbalik daripada fikiran biasa, bahkan seumpama menuang petrol (atau kertas) ke api. 

 

            Tetapi, sebagaimana yang di huraikan oleh Anwar dengan begitu fasih dalam khutbahnya, hanya ilmu dan kebijaksanaan atau hikmah yang boleh menatasi kejahatan dan kejahilan. Umat Islam mesti menunjukkan aspek keimanan yang agung ini dalam kehidupan kita seharian.

 

            Dalam karyanya Muhammad: Manusia dan Nabi, penulis Saudi Adil Salahi memetik nasihat yang diberikan oleh ayahnya. “… [M]encintai Nabi Muhammad hanya boleh ditunjukkan dengan mengikut ajarannya, bukan dengan menyanyikan pujian baginda.”

 

            Anwar hebat sebagai pemimpin dunia seperti yang kita lihat ketika dia berucap di UNGA, dan beberapa jam kemudian sebagai seorang rohaniah dengan khutbahnya. Dia mencontohi Nabi besar kita, s.a.w., dalam mendamaikan mualamat dan ibadat.

 

            Mari bersama berdua semoga Allah terus membimbing Anwar Ibrahim untuk memimpin Malaysia ke arah masa depan yang lebih cerah, aman, dan sejahtera. Amiin!