Friday, 1 October 2021

Letter to TH 1 Oct 2021


Faridah Abdul Rashid                 
To: TH-info@lth.gov.my

1 Oktober 2021

Kepada:           Tuan Yang Berbahagia,                      

Bahagian Kesihatan,                                            

Lembaga Tabung Haji.                                       \


Daripada: Prof. Faridah Abdul Rashid

Penulis buku dan blog

“The Early Malay Doctors”


Assalamu’alaikum,


MEMOHON SENARAI AHLI ROMBONGAN 
PERUBATAN KA MEKAH BAGI HAJI TAHUN 1962-1969

Perbualan saya hari ini dengan Encik Mohd Faisal bin Mokhtar,
TH Contact Centre, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, adalah
dirujuk, ekoran komen saya pada posting TH Menyambut
Ulangtahun ke-58. Saya ingin mendapatkan Senarai Ahli
Rombongan Perubatan ke Makkah bagi Haji tahun 1962
hingga 1969.


Saya, Profesor Faridah Abdul Rashid (MyKad: ####-##-####), 
telah berpencen dari mengajar selama 36 tahun di School of 
Medical Sciences, Universiti Sains Malaysia, di Kampus 
Kesihatan di Kubang Kerian, Kelantan. Saya kini menetap 
di rumah di Kelantan.


Saya sedang meneruskan usaha penyelidikan terdahulu 
secara persendirian and penulisan buku sejarah ilmiah 
berbentuk biografi dan bertemakan, The Early Malay Doctors 
Malaya and Singapore 1900-1957. Semua perbelanjaan 
penulisan dan penerbitan adalah ditanggung saya sendiri. 
Dua buah buku telah pun diterbitkan pada 2012 dan boleh 
diperolehi dalam talian.


Dalam penyelidikan saya, saya menemui sebuah passport Haji 
1963, tiket kapal Haji 1963, dan gambar Haji kepunyaan arwah 
datuk saya iaitu Dr Haji Che Lah bin Md. Joonos 
(Kad pengenalan: 2518843 (biru)). Ia bertugas sebagai Doktor Haji 
sebanyak 7 kali iaitu bagi tahun 1962-1969, bersama isterinya, 
Matron Hajah Mariah Che Lah @ Mary Chong Nyet Lin, 
yang mengerjakan tugas sebagai Jururawat Haji sebanyak 5 kali. 
Kedua-dua arwah datuk dan nenek saya menetap di rumah 219 Bukit Glugor, 
Penang, semasa mengerjakan Haji 1963. Mereka kemudian 
berpindah ke rumah 355-A Lengkok Pemancar, Bukit Glugor, 
Penang, bagi Haji seterusnya.[Sila rujuk YouTube video 
"Retrospektif: Seruan Suchi (1965)" untuk lihat Haji Dr Che Lah 
mengiringi DYMM SPB YDP Agong di klinik di Makkah pada tahun 1965.]


Menurut salah seorang jemaah Haji pada tahun 1964, Shaikhah Musbah Mattar 
(anak bongsu Dr Shaik Taha Mattar, Singapura), terdapat dua orang doktor 
tambahan dari Pakistan di atas kapal Haji Kuala Lumpur pada tahun 1964, 
iaitu Dr Munir Azmi dan Dr Barney. Saya tidak dapat mengesan mereka atau
 keluarga mereka.


Selain Matron Hajah Mariah Che Lah, jururawat lain yang berkhidmat dalam 
Rombongan Perubatan ke Makkah pada 1962-1969 ialah Hafsah, Nik Zaleha, 
dan Rabiah (menurut catatan di belakang gambar). Nama mereka yang lengkap 
dan negara/negeri asal mereka tidak diketahui. Nik Zaleha berasal dari Kelantan 
dan kini berusia 70-80 tahun dan menetap di Arab Saudi. Menurut Shaikhah 
Musbah Mattar, ada juga jururawat yang berasal dari Singapura semasa 
ia mengerjakan Haji pada 1964.


… Dengan penerangan saya di atas, saya ingin memohon kepada Lembaga 
Tabung Haji untuk mendapatkan Senarai Ahli Rombongan Perubatan ke Makkah 
bagi Haji tahun 1962 hingga 1969. Senarai ini akan membantu saya cam mereka 
dalam gambar yang ada dalam simpanan saya dan membetulkan teks berkenaan 
Haji dalam penulisan saya (buku dan juga blog).


In sya Allah.

Sekian, terimah kasih.

Yang benar,

Prof. Faridah Abdul Rashid (Penulis)

##################### 16150 Kubang Kerian, Kelantan

Hp: ###########      Email: #########

Blog: https://theearlymalaydoctors.blogspot.com/

YouTube video: Retrospektif: Seruan Suchi (1965): https://youtu.be/duozxVXBfkE


5 attachments
B-TEMD 2012.jpg
56K
R-TEMD 2012.jpg
51K
Seruan Suchi by FINAS 23 July 2021 (Hajj 1965).png
677K

DR CHE LAH BIN MOHD JOONOS.pdf
5695K

0 comments: