Friday, 31 August 2012

Merdeka Ke-55

We have been colonised and enslaved for hundreds of years and yet we don't realise it. We are not jumping up and down at home this Merdeka. Our feet are firm on the ground. This Merdeka falls on Friday. We are praying for the safety of this nation and other nations. This is my son Ibrahim's prayer for Merdeka which he posted in Facebook:


Doa ku pada semua :

Ya Allah, ya tuhanku. Ampunilah dosa-dosaku, Engkaulah Maha Pengampun. Ya Ghaffar, ya Rahman, ya Rahim.
Ya Allah, Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, dosa seluruh keluargaku, yang masih hidup mahu pun yang telah meninggal.
Ya Allah, Ampunkanlah dosa guru-guruku, dosa kawan-kawanku, dosa seluruh Muslimin dan Muslimah.

Ya Allah, berkatilah ilmu yang ku pelajari, berkatilah hidupku, berkatilah rezeki ku, berkatilah negara tercinta ini.
Ya Allah, jauhilah diriku ini daripada musuh-musuh Islam, jauhilah daripada godaan hawa nafsu, jauhilah gangguan jin dan syaitan.

Alhamdulillah, tatkala negara ini mencapai kemerdekaan dengan ni'mat keamanan, kedamaian, keharmonian, kemakmuran, kesejahteraan dan ketenangan. Janganlah Engkau lalaikan diri ku ini dengan urusan dunia, hiburan dan sebagainya sehingga boleh meninggalkan ibadah wajib. Sesungguhnya aku insan yang sangat lemah.
Tatkala negara ini mencapai kemerdekaan, bagaimana pula dengan nasib saudaraku di Selatan Thai, Rohingya, Palestin, Syria dan lain-lain. Ya Allah bantulah mereka, aku tidak mampu menolong mereka. Engkau adalah sebaik-baik Pertolongan.

Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini, masukkanlah diri ku ini ke dalam golongan orang-orang yang sentiasa bersyukur atas ni'mat-Mu. Amin ya Rabbal alamin.

This is my son Ibrahim's elaboration on what Merdeka means to him, which he wrote in Facebook. He was born in Subiaco, outside Perth, Australia on 22 August 1988:

merdeka dari segi
- agama : Malaysia telah menempuhi zaman penjajahan, agama Islam tetap dipertahankan sehingga dijadikan agama rasmi negara. Namun masyarakat Islam itu sendiri kurang penghayatan.
- bahasa : mana-mana bahasa ada kelebihan ada kekurangan. Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi. Inggeris ada pinjam perkataan bahasa lain untuk menjadikan ia serba guna. Bagaimana pula 'kuih-muih' dalam bahasa Inggeris ??
- budaya : Malaysia sangat unik dengan pelbagai bangsa walaupun di saat bangsa Melayu dilanda dilema. Masakan tradisional sering menjadi keutamaan dalam majlis keraian, diikuti kuih-muih pencuci mulut.

Namun tidak dapat dinafikan bahawa disebalik kemerdekaan, masih ada saki-baki peninggalan penjajah seperti :
- perundangan+perlembagaan : berlandaskan common law & westminster. Sedangkan Undang-undang Islam berlandaskan - Shariah (Al-Quran,Sunnah,Ijmak,Qias dll)
- hiburan : .... . . .

This is the younger sister Farah's response to Ibrahim's post on Merdeka. She has just completed her second year studies in medicine in Bangalore, India and will be continuing on to third year in October, insyaAllah:

brp buah buku mu baca bleh bg jwpn gtu?? huraikan lg tentang saki baki pnjajahan dan tambah juga cara penyelesaian. terima kasih. kikikikikii... karangan lengkap boleh di hantar ke berita harian utk dibaca olh rakyat jelata, klu bh xterima bleh direct ke harakah.. kih4 XP

0 comments: